Skip to main content

Singapura

Sistem baru selaraskan kerja-kerja prasarana antara agensi

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Grace Fu mendedahkan satu sistem baru yang menyelaraskan kerja-kerja prasarana antara agensi.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Mar 2019 11:50PM Dikemas Kini : 07 Mar 2019 12:05AM

SINGAPURA: Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Grace Fu mendedahkan satu sistem baru yang menyelaraskan kerja-kerja prasarana antara agensi.

Inisiatif baru itu meningkatkan daya penghasilan, sekaligus memperbaiki kehidupan penduduk.

Pengunaan dron membantu mengesan kerosakan atau keretakan.

Pemeriksaan boleh dilakukan dalam masa satu jam sahaja berbanding pemeriksaan secara manual oleh para pegawai.

Ini bermakna isu-isu penyenggaraan dapat dikesan dengan lebih awal dan dibaiki sebelum ia bertambah buruk.

Menurut Penguasa Tanah Singapura (SLA) pengesanan awal dapat mengurangkan kos pembaikan sebanyak 40 peratus.

Kerosakan kecil juga boleh diperbaiki 80 peratus lebih cepat.

Penggunaan dron adalah antara enam projek yang disokong Dana Produktiviti Perkhidmatan Perbandaran.

Ia membantu agensi-agensi menyediakan penduduk dengan perkhidmatan yang lebih baik dan cekap.

Dana yang berjumlah S$25 juta itu diperkenalkan dua tahun lalu dan akan dilanjutkan sehingga 2022.

Satu lagi inisiatif yang memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan kecekapan adalah Papan Pemuka untuk Kerja Infrastruktur atau IWD.

Platform kendalian Pejabat Perkhidmatan Perbandaran itu yang pertama menyelaraskan projek agensi yang berbeza-beza.

Platform tersebut membolehkan perkongsian maklumat dan penyelarasan antara agensi yang lebih baik.

PUB dan NParks adalah antara enam agensi utama yang sudahpun menggunakannya. 

Sumber : CNA/RR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita