Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sistem baru IT akan diperkenalkan kepada doktor menjelang hujung 2023

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menjelang hujung tahun depan, salah satu kumpulan jagaan kesihatan di Singapura bakal memperkenalkan sebuah sistem IT yang baru untuk para doktornya.

Sistem sedemikian boleh menjimatkan masa.

Namun, Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng menarik perhatian keseimbangan yang baik juga diperlukan antara penggunaan teknologi dengan sentuhan manusia.

Ini terutamanya dalam bidang jagaan kesihatan.

Di hospital, penilaian kesan bius sebelum seseorang pesakit itu menjalani pembedahan dilakukan dengan menggunakan data yang dikumpulkan dalam sistem ini.

Para pesakit yang dianggap "berisiko tinggi" perlu bertemu dengan pakar anestesiologi.

Bagi mereka yang dianggap sebagai "berisiko rendah" pula, mereka boleh melakukan penilaian dengan jururawat menerusi telefon.

Sistem ini dapat mengurangkan jumlah janji temu dengan ahli anestesiologi sebanyak 2,000 atau 1,400 jam dari Ogos tahun lalu hingga pertengahan tahun ini.

Ia bermakna, lebih banyak tumpuan dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan lebih banyak perhatian.

Para pesakit juga boleh mengurangkan masa menjalani penilaian.

Sungguhpun demikian, sistem tersebut masih sedang diperhalusi.

"Frasa borang soalan telah diubah beberapa kali agar kami dapat pastikan apa sebenarnya yang kami cuba tanyakan kerana ia bukanlah mudah. Kadangkala ia tidak begitu jelas bagi orang-orang biasa," ujar Assoc Prof Hairil Abdullah, Konsultan Kanan Jabatan anestesiologi di Hospital Besar Singapura.

Hospital-hospital juga sedang memanfaatkan penggunaan teknologi untuk menjadikan kaedah memproses bil lebih mudah.

Sistem-sistem tersebut telahpun diperkenalkan kepada para jururawat dan kedua-duanya bakal dilancarkan bagi para doktor menjelang hujung tahun depan.

Semasa berucap di persidangan jagaan kesihatan,Dr Tan berkata walaupun teknologi boleh membantu mengurangkan kekangan tenaga kerja sekarang, ia tidak dapat menggantikan interaksi dengan manusia.

"Maka itu, kita perlu terus meneroka cara-cara untuk memperbaiki sumber manusia kita agar para pakar jagaan kesihatan boleh menumpukan perhatian kepada penjagaan pesakit secara langsung dan menawarkan tugas klinikal yang bertambah nilai," jelas Dr Tan.

Para pengguna juga sudah dapat meraih manfaat menerusi aplikasi-aplikasi mudah alih yang dipertingkatkan.

Misalnya, beberapa fungsi telah ditambahkan kepada aplikasi mudah alih "Health Buddy".

Selain membuat janji temu, ciri baru 'Health Champ' juga boleh memantau bacaan tekanan darah tinggi dan paras gula dalam darah.

Para pengguna kemudian boleh memuat turun laporan tersebut dan berkongsinya dengan pasukan-pasukan jagaan kesihatan, supaya semakan semula dapat dijalankan dengan lebih pantas dan tepat.

"Kita sudah melihat bagaimana orang ramai boleh menjadi lebih bertanggungjawab atas jagaan kesihatan mereka apabila mereka diperkasa dengan adanya maklumat dan teknologi."

Dr Tan menambah yang semua pihak berkepentingan mestilah bersikap bertangungjawab dalam mewujudkan sebuah sistem jagaan kesihatan yang kukuh dan mampan.
 
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan