Sistem bantu robot bergerak lebih mudah diuji di 3 lokasi S'pura
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Robot-robot yang boleh beroperasi dengan lebih bebas sedang diuji di tiga lokasi di Singapura.
Ia sebahagian daripada pelan nasional untuk memaksimumkan kuasa automasi.
Temi merupakan salah satu robot pekerja terbaru di Heartbeat@Bedok.
Robot berkenaan membimbing para pengunjung yang tidak biasa dengan laluan di kompleks tersebut.
Ia berupaya berkomunikasi dengan alat-alat bijak di sekitarannya seperti lif dan pintu automatik.
Pekara tersebut berlaku dengan adanya sistem TR93 iaitu rujukan teknikal yang boleh digunakan oleh syarikat pengeluar semasa membina produk mereka.
Satu lagi sistem yang membantu Temi ialah RoMi-H, yang dihasilkan oleh Hospital Besar Changi (CGH).
Ia membolehkan robot-robot berkomunikasi antara satu sama lain.
CGH mempunyai sehingga 50 robot sedemikian, yang menjalankan tugas-tugas berbeza.
CGH dan Capital Investment yang mengendalikan Heartbeat, serta syarikat pengeluar lif Kone sedang bekerjasama untuk menguji robot tersebut.
Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, yang mempengerusikan Yayasan Penyelidikan Nasional, melancarkan kerjasama itu.

Sumber : CNA/AI/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.