Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sistem anti-dron SPF pantau ruang udara demi keselamatan acara besar-besaran

Anggaran Waktu Membaca:
Sistem anti-dron SPF pantau ruang udara demi keselamatan acara besar-besaran

Alat pengesan elektro-optik menjejaki dron di udara. (Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos)

SINGAPURA: Sejak beberapa tahun lalu, ancaman bahaya dron yang tidak berlesen semakin berleluasa, dari pencerobohan ke dalam ruang udara Lapangan Terbang Changi hingga ke penerbangan haram ke laluan pesawat tentera.

Kenderaan udara tanpa pemandu itu juga boleh mengelak daripada langkah-langkah keselamatan lazim dan menimbulkan ancaman di mana orang ramai berhimpun.

Sebuah sistem anti-dron yang dikendalikan Pasukan Polis Singapura (SPF) pada awal tahun ini kini boleh meredakan ancaman sedemikian apabila dikerahkan di acara besar-besaran.

Dibangunkan oleh SPF dan Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX), sistem berkenaan merangkumi pelbagai alat pengesanan termasuk kamera elektro-optik.

Ia boleh mengesan dan mendapatkan visual bagi dron tidak berlesen di sesebuah kawasan, serta sebarang muatan yang dibawa bersama.

Apabila dimaklumkan, pasukan SPF di lapangan kemudian boleh mendapatkan lokasi juruterbang kenderaan itu dan menghentikan penerbangan kenderaan berkenaan, dengan mengganggu isyarat kawalan.

Sistem anti-dron itu adalah antara teknologi terbaru yang dipamerkan di seminat pelan kerja SPF pada Jumaat (12 Mei).

KENDERAAN SERANGAN TAKTIKAL

Kenderaan Serangan Taktikal (TSV) yang merupakan tambahan terbaru kepada senjata Markas Operasi Khas (SOC) SPF - juga diberi pentauliahan oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam di acara tersebut.

vehicle
(Gambar: SPF)

Dilengkapi dengan jaringan perlindungan dan perisai, TSV boleh dikerahkan dalam keadaan melibatkan individu bersenjata mahupun rusuhan.

Dengan meningkatkan perlindungan kepada pasukan tentera, TSV boleh "dengan pantas meluru masuk ke dalam insiden yang mengganggu ketenteraman awam atau keselamatan awam bagi meredakan ancaman tersebut," kata Superintenden Roy Shafiq Aw, pegawai komand di Unit Taktikal Polis SOC.

BALAI POLIIS KEJIRANAN DIREKA BENTUK SEMULA

Sehubungan itu, SPF juga mengumumkan balai polis kejiranannya akan diberi reka bentuk semula dengan pilihan khidmat 24 jam seperti kios bantu diri dan peti khas, di mana orang ramai boleh meninggalkan barang yang ditemui.

Kemudahan pertama seumpama itu adalah di Balai Polis Kejiranan Woodleigh, yang akan memberi khidmat kepada penduduk di kawasan Bidadari mulai Julai ini.

Woodleigh juga menjadi balai polis kejiranan pertama untuk melancarkan sistem perisai automatik atau lokar bijak bagi senjata api polis.

locker
(Gambar: CNA/Davina Tham)

Menggunakan teknologi RFID dan pengesahan dua faktor, sistem berkenaan membolehkan pegawai mengeluarkan dan memulangkan senjata api sendiri.

SPF menjelaskan dalam kenyataan medianya bahawa ini akan meningkatkan "urus tadbir persenjataan" dengan sistem automatik yang dapat mengesan dan memberi respons kepada sebarang kelemahan.

Perisai automatik juga akan dilancarkan di semua balai polis kejiranan sepanjang lima tahun akan datang.

PENGGUANAAN ROBOTIK DAN CHATGPT

Sejak bulan April, dua robot juga menyertai pegawai peronda di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi.

Robot peronda itu menyediakan rakaman video pelbagai sudut secara langsung kepada pusat operasi polis dan memiliki kamera gambar haba yang menjangkaui pandangan biasa manusia.

Ia juga mempunyai alat pengesan bagi mengemudi laluan perjalanan dan dilengkapi dengan speaker untuk menyiarkan rakaman dan lampu yang berkelip bagi memaklumkan orang ramai tentang kehadirannya.

SPF secara beransur-ansur sedang menggunakan robot peronda tersebut di lebih banyak kawasan awam di seluruh Singapura.

Mulai Ogos, satu lagi jenis robot yang dikenali sebagai CODY akan dilancarkan di divisyen polis Tengah, Ang Mo Kio dan Jurong untuk diuji cuba selama enam bulan.

Dibangunkan SPF dan Politeknik Ngee Ann dengan rundingan HTX, robot itu menggunakan bot perbualan kecerdasan buatan (AI) ChatGPT untuk menjawab pertanyaan awam mengenai tugas polis.

Ia boleh berhubungan dalam empat bahasa rasmi Singapura, bermain video interaktif dan kuiz serta bergambar bersama.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan