Skip to main content

Singapura

Sistem Amaran Awam penting bagi rakyat SG dalam kecemasan

Anggaran Waktu Membaca:
Sistem Amaran Awam penting bagi rakyat SG dalam kecemasan

Pemandangan latar langit bandar Singapura pada 23 September 2022. (Gambar: Try Sutrisno Foo/CNA)

SINGAPURA: Sistem amaran awam Singapura bergema selama satu minit petang tadi (15 Feb) bagi menandakan Hari Pertahanan Mutlak.

Amalan tahunan itu bertujuan mengingatkan para penduduk untuk mengikuti siaran nasional jika berlaku kecemasan.

Amaran lain termasuk mengingatkan satu serangan udara bakal berlaku dan agar orang ramai bergegas ke tempat-tempat perlindungan.

Terdapat hampir 600 tempat perlindungan awam di serata negara, termasuk di estet-estet perumahan dan stesen-stesen MRT.

Tempat perlindungan di Stesen MRT Sengkang contohnya, boleh memuatkan sehingga 7,000 orang.

Semasa berlaku kecemasan, orang ramai boleh berkumpul di ruang legar stesen, atau di platform dan di dalam gerabak-gerabak kereta api.

Kakitangan SCDF akan memasang saluran udara ke gerabak MRT bagi memastikan aliran udara disediakan kepada orang ramai.

Terdapat juga bilik air sementara, serta sinki air bagi keperluan membersihkan diri.

Tempat perlindungan awam seperti itu turut dilengkapi pintu tebal dan berat untuk melindungi daripada kesan ledakan di luar.
Sumber : CNA/IQ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita