Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sistem amaran awam dibunyikan pada 15 Sep

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan membunyikan isyarat “mesej penting” pada Khamis (15 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Sistem amaran awam dibunyikan pada 15 Sep

Flat-flat HDB dengan pemandangan latar langit Singapura. (Ga,bar: Calvin Oh/CNA)

SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan membunyikan isyarat “mesej penting” pada Khamis (15 Sep).

Latihan selama seminit itu akan dibunyikan di serata negara menerusi sistem amaran awam (PWS) pada 6.20 petang.

Isyarat itu juga akan berbunyi pada semua telefon bijak yang telah muat turun aplikasi SGSecure.

Isyarat itu akan berhenti selepas mesej itu dibaca pengguna atau berhenti selepas 20 saat.

Ia disusuli dengan teks ringkas mengenai isyarat sistem amaran awam.

"Jangan cemas dengan bunyi amaran selama satu minit itu," kata SCDF dalam satu kenyataan media pada Selasa.

"Apabila anda mendengar isyarat 'Mesej Penting', segera dengar mana-mana stesen radio tempatan atau ikuti saluran TV Mediacorp bagi pesanan ringkas mengenai PWS. Jika anda terlepas mesej itu, layari go.gov.sg/pws untuk mengetahui lebih lanjut tentang isyarat PWS."

Setiap tahun, SCDF membunyikan isyarat Mesej Penting melalui siren sistem amaran awam pada 15 Feb dan 15 Sep pada 6.20 petang.

Ia sebahagian usaha SCDF untuk membiasakan penduduk dengan isyarat sistem amaran awam dan meningkatkan kesedaran mengenai bagaimana orang ramai harus bertindak apabila isyarat itu dibunyikan.

Menurut laman web SCDF, sistem amaran awam adalah rangkaian semboyan yang diletakkan di tempat-tempat strategik di merata pulau. Ia memberi amaran kepada orang ramai tentang ancaman yang akan berlaku yang boleh membahayakan nyawa dan harta benda.
 
Sumber : CNA/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan