Sistem amaran awam dibunyikan pada 15 Feb sempena Hari Pertahanan Mutlak
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan membunyikan semboyan pesanan penting pada Khamis (15 Feb) sempena Hari Pertahanan Mutlak.
(Gambar: AFP)
Latihan selama seminit itu akan dibunyikan di seluruh Singapura menerusi semboyan sistem amaran awam (PWS) pada pukul 6.20 petang.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas apabila mendengar bunyi semboyan tersebut.
Semboyan itu juga akan dibunyikan di telefon bijak yang sudah dimuat turun dengan aplikasi mudah alih SGSecure.
Ia akan diiringi dengan pesanan teks ringkas mengenai bunyi semboyan sistem amaran awam.
Untuk menerima amaran dan pesanan teks itu, penetapan dan makluman aplikasi itu harus dihidupkan.
Apabila anda mendengar semboyan "Pesanan Penting", segera dengar mana-mana stesen radio tempatan atau saluran percuma televisyen Mediacorp bagi pesanan ringkas PWS.
Jika anda terlepas pesanan itu, anda boleh melayari go.gov.sg/pws untuk mengetahui lebih lanjut tentang isyarat PWS.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.