Sistem amaran automatik kawal suhu alami gangguan, kata Cordlife
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: iStock)
SINGAPURA: Bank privet bagi darah tali pusat, Cordlife, dikenakan perintah larangan selama enam bulan selepas sistem amaran automatik bagi salah satu tangkinya mengalami gangguan sementara.
Disebabkan gangguan tersebut, pekerja syarikat itu tidak dimaklumkan bahawa suhu darah yang disimpan dalam tangki berkenaan sudah mencapai paras kurang optimal.
Akibatnya, 2,200 unit darah tali pusat milik sekitar 2,150 pelanggan rosak.
Audit yang dijalankan juga mendapati bahawa kejadian itu bermula dari November 2020.
Apabila ditanya sebab keadaan itu tidak ditangani ketika itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Cordlife berkata syarikat itu masih bekerja rapat dengan Kementerian Kesihatan dalam siasatannya, dan tidak boleh memberi penjelasan lanjut pada masa ini.
Darah tali pusat disimpan bagi tujuan merawat penyakit berkaitan darah pada masa hadapan.
Peguam berkata jika keluarga terjejas ingin menyaman syarikat itu atas sebab cuai, ia mungkin sukar untuk membuktikan potensi kerugian yang mungkin dialami.
Penasihat Kanan Withers KhattarWong LLP Alvin Lim berkata: "Sukar untuk meramalkan sama ada penggunaan darah tali pusat itu akan berjaya kerana kami membuat ramalan untuk masa hadapan. Kami tidak tahu jika perkara ini akan berlaku. Dan, dari sudut undang-undang, mahkamah akan bergelut sama ada, pada masa tertentu itu, ia adalah perkara yang boleh dijangka, kerosakan yang boleh dijangka."
Menurut Cordlife, ia akan mencari gantian yang sesuai bagi unit-unit yang rosak itu.
Namun, menurut seorang peguam, walaupun padanannya ditemui, ibu bapa mungkin berasa bahawa ia tidak sama, kerana ia merupakan darah pihak ketiga.
Benjamin Gaw, Ketua Penjagaan Kesihatan & Sains Hayat (Korporat & Kawal selia) menekankan bahawa tujuan darah tali pusat adalah mendapatkan rawatan sesuai, sekiranya kanak-kanak itu menghidap penyakit seperti leukemia atau penyakit yang jarang dialami, di mana mereka memerlukan sel tunjang.
Beliau menambah: "Dari sudut perubatan, jika anda temu dapatkan sel tunjang yang sesuai, yang boleh merawat penyakit berkenaan, maka itu, mungkin dari sudut undang-undang tiada kerugian kan? Kerana tujuan anda menyimpan darah tali pusat itu sudah ditepati."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.