Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sisa dijana di S'pura naik 18% pada 2021 sedang kegiatan ekonomi makin rancak

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Apr 2022 02:39PM Dikemas Kini : 19 Apr 2022 12:36AM

SINGAPURA: Keseluruhan sisa yang dijana Singapura naik kepada 18 peratus tahun lalu - kenaikan pertama selepas kemerosotan selama empat tahun - sedang kegiatan ekonomi semakin rancak menyusuli pelonggaran sekatan-sekatan COVID-19.

Secara keseluruhan, sekitar 6.94 juta tan sisa padat dijana tahun lalu, berbanding 5.88 juta tan pada 2020, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam laporan tahunan sisa dan kitar semula yang dikeluarkan hari ini (18 Apr).

Sektor domestik menjana 1.82 juta tan sisa, naik dari 1.77 juta tan pada 2020, sementara sektor bukan domestik menjana 5.12 juta tan, naik dari 4.12 juta tan dalam tempoh yang sama.

Daripada jumlah itu, sebanyak 3.83 juta tan sisa dikitar semula tahun lalu, bermakna 55 peratus keseluruhan kadar kitar semula - naik dari 52 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sekitar 3.12 juta tan sisa padat dibuang, naik 10 peratus dari 2020.

"2020 merupakan tahun janggal dengan penjanaan lebih rendah sisa dan kadar kitar semula disebabkan kesan COVID-19, terutama sekali semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan (April hingga Mei 2020) apabila kegiatan-kegiatan disekat," menurut NEA.

KITAR SEMULA OLEH KELUARGA-KELUARGA

Lebih banyak sisa dijana oleh sektor domestik, termasuk keluarga-keluarga dan premis perdagangan seperi pusat penjaja dan sekolah-sekolah, sedang trend kerja dari rumah diteruskan sehingga 2021, tambah NEA.

Sekalipun demikian, dalam masa yang sama, kadar kitar semula domestik kekal tidak berubah pada 13 peratus.

Menurut NEA, ia akan terus menggalak keluarga-keluarga supaya lebih banyak kitar semula dan lakukannya dengan cara yang betul, dan akan membangunkan kandungan pendidikan untuk dijadikan panduan bagi orang awam tentang barangan yang boleh dan tidak boleh dikitar semula.

Buat masa ini, sekitar 40 peratus kandungan yang dijumpai dalam tong kitar semula berwarna biru tidak boleh dikitar semula disebabkan pencemaran, yang sebahagian besarnya dari sisa makanan dan cecair serta sisa elektronik dan stirofoam, menurut NEA.

Keluarga-keluarga juga meletakkan barangan seperti kain baju dan mainan lembut, yang tidak seharusnya dimasukkan ke dalam tong biru tersebut.

Untuk menggalak keluarga-keluarga memperhebat usaha kitar semula, NEA juga sedang merancang untuk mengagihkan bekas-bekas kitar semula kepada mereka yang menginginkannya pada hujung tahun ini. Perinciannya akan diberikan kelak.

SEKTOR BUKAN DOMESTIK

Kadar kitar semula sektor bukan domestik, yang termasuk premis-premis industri dan komersil, naik dari 68 peratus kepada 70 peratus pada 2021.

Kadar kitar semula bagi sisa plastik, hortikultur dan kayu juga masing-masing naik dua peratusan mata, tiga peratusan mata dan 12 peratusan mata.

"Penjana sisa menghantar lebih banyak sisa seperti itu ke kemudahan-kemudahan pelupusan dan pengkomposan untuk dikitar semula dan bukan loji sisa bertukar kepada tenaga," menurut NEA.

Kadar kitar semula kertas dan kadbod naik 39 peratus tahun lalu berbanding 38 peratus pada tahun sebelumnya.

Agensi itu menyatakan dengan jumlah sisa yang dijana meningkat sedang kegiatan ekonomi terus rancak, terdapat keperluan lebih mendesak untuk beralih dari ekonomi guna sekali sahaja kepada ekonomi bukan konvensional yang memanfaatkan sumber sehingga ke akhir hayatnya.

"Dengan Pelan Singapura Menghjau 2030 dan Pelan Induk Sifar Sisa, matlamat nasional kami akan untuk mencapai 70 peratus kadar keseluruhan kitar semula menjelang 2030 dan untuk mengurangkan 20 peratus per kapita sehari jumlah sisa yang dihantar ke Kawasan Pelupusan Sampah Semakau menjelang 2026 dan 30 peratus per kapita sehari menjelang 2030," menurut NEA.

Ini juga membantu melanjutkan jangka hayat baki kawasan pelupusan sampah, yang akan menjadi penuh menjelang 2035 berdasarkan kadar sedia ada pembuangan sisa, tambahnya.

NEA juga menambah visi Singapura untuk menjadi sebuah "negara sifar sisa" akan memerlukan usaha seluruh negara.

"Ini adalah usaha jangka panjang yang memerlukan kita semua - dari rakyat, sektor privet dan swasta - untuk saling bekerjasama."

Sumber : CNA/NK/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan