Skip to main content

Singapura

Siri video baharu bantu guru pendidikan awal kanak-kanak cegah kecederaan di tempat kerja

Sebuah siri video yang baharu akan memberikan tip praktikal untuk para guru pendidikan awal kanak-kanak,mencegah kecederaan di tempat kerja.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Sep 2025 05:22PM Dikemas Kini : 05 Sep 2025 02:08AM
SINGAPURA: Sebuah siri video yang baharu akan memberikan tip praktikal untuk para guru pendidikan awal kanak-kanak, mencegah kecederaan di tempat kerja.

Ini setelah ada pendidik yang melaporkan tekanan fizikal semasa mengajar dan menjaga kanak-kanak kecil.

Siri video itu merangkumi teknik-teknik mudah untuk mengurangkan tekanan pada bahagian belakang dan lutut, seperti melalui postur yang lebih baik semasa duduk dan mendukung bayi.

Dibangunkan bersama pakar-pakar kesihatan pekerjaan, ia adalah sebahagian daripada kempen Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) bagi menunjukkan penghargaan kepada para guru pendidikan awal kanak-kanak, menjelang Hari Guru.

Ibu bapa yang aktif bekerjasama dengan guru dalam perjalanan pendidikan anak-anak mereka juga akan diiktiraf bulan ini.

Berucap di satu majlis sambutan di sebuah prasekolah pada Isnin, Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga Goh Pei Ming menekankan peri pentingnya kerjasama sedemikian.

"Para pendidik bekerjasama dengan ibu bapa kita dalam menyediakan perkembangan menyeluruh, holistik untuk anak-anak kita.

"Apabila ibu bapa dan pendidik bekerjasama rapat, mereka kemudian dapat menyediakan persekitaran yang penyayang untuk anak-anak kita membesar menjadi individu yang penyayang, yakin dan ingin tahu," kata Encik Goh.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita