Siri jerayawara baharu dan kemas kini aplikasi SGSecure bantu rakyat SG tangani ancaman pengganas
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Chan Chun Sing)
SINGAPURA: Beberapa siri jerayawara interaktif dan kemas kini aplikasi SGSecure merupakan usaha baharu Singapura untuk menangani ancaman pengganasan.
Ia merupakan fasa baharu SGSecure yang tertumpu kepada mengukuhkan perpaduan sosial masyarakat, dan memberi kuasa kepada rakyat Singapura untuk memainkan peranan aktif terhadap pengganasan dan pengaruh pelampau.
Para pengunjung dapat belajar bagaimana untuk mengenal pasti tanda-tanda tingkah laku seseorang yang radikal, dan melaporkan individu yang mencurigakan.
Mereka juga boleh belajar kemahiran bantuan kecemasan oleh anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Siri baharu jerayawara tersebut akan berlangsung di pusat beli-belah Funan dari Jumaat (29 Sep) sehingga Ahad (1 Okt).
Jerayawara seterusnya akan diadakan di Bugis+ pada awal November, dengan dua lagi jerayawara sedang dirancang.
Aplikasi SGSecure kini lebih mesra pengguna.
Sebagai contoh, butang 'SOS' ditempatkan di bawah skrin, dan peta lebih mudah untuk dibaca.
Satu sidang puncak juga diadakan untuk 160 pegawai perkhidmatan awam, untuk meningkatkan sokongan terhadap penggunaan SGSecure di dalam sektor tersebut.
"Walaupun kami tidak lalai, walaupun kami melakukan yang terbaik dalam latihan persiapan kami dan perkara yang lain, satu hari nanti, mungkin berlakunya insiden. Dan jika insiden itu berlaku, kita harus memastikan bagaimana untuk bertindak dengan segera," kata Menteri bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam Chan Chun Sing.
"Kita harus memastikan bahawa kita dapat menyambung perkhidmatan seperti biasa dengan segera untuk menghalang sebarang pengganas untuk mengganggu kehidupan kita dan menyebabkan kita kehilangan keyakinan untuk ke hadapan," tambah Encik Chan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.