Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Siri dokumentari CNA 'Inside Maximum Security' video paling 'trending' SG di YouTube pada 2022

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Anda masih ingat lagi pada Boon Keng, Graceson, Rusdi, Khai dan Iskandar? Ternyata, kisah-kisah hidup mereka meninggalkan kesan kepada warga Singapura apabila episod pertama dokumentari CNA, 'Inside Maximum Security', mengungguli senarai YouTube bagi Video Paling 'Trending' di Singapura tahun ini.

Dokumentari yang memenangi anugerah itu memaparkan kehidupan banduan meringkuk di dalam penjara.

Siri empat bahagian itu memberi penonton gambaran eksklusif tentang kehidupan seharian di Penjara Changi melalui lensa lima banduan.

Pada 1 Disember, video pertama daripada siri tersebut meraih lebih 8.3 juta tontonan. Siri itu secara keseluruhannya, termasuk satu episod bonus untuk keluaran digital sahaja, memperoleh lebih 11.5 juta tontonan di Youtube.

'Inside Maximum Security' merangkul beberapa anugerah termasuk emas bagi 'Documentaries: Human Relations and Values' (Dokumentari: Hubungan dan Nilai-nilai Manusia) di Pesta Media Sedunia 2022 serta anugerah Arahan Terbaik (Bukan Fiksyen) di Anugerah Kreatif Akademi Asia 2022.

Penonton yang ingin mengetahui apa yang berlaku kepada para banduan tersebut boleh menantikan rancangan susulan bertajuk 'Beyond Maximum Security' yang akan ditayangkan pada Disember.

Penstriman secara langsung CNA yang membawakan perutusan Perdana Menteri Lee Hsien Loong kepada seluruh negara pada 24 Mac juga menjadi antara video 'trending' di senarai YouTube.

Dalam perutusannya itu, PM Lee mengumumkan pelonggaran langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19 Singapura, termasuk pemakaian pelitup yang tidak lagi diwajibkan ketika berada di luar rumah.

Kandungan tempatan yang turut berjaya masuk senarai YouTube bagi video paling 'trending' di Singapura termasuk yang diterbitkan para pencipta kandungan seperti Chow Jia Hui, Naomi Neo dan JianHao Tan.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan