Siri Cendekiawan Lestari kembali untuk tahun kedua, cungkil pengalaman buat filem dari pengarah tempatan Faisal Ishak
Menjelang pembukaan semula Taman Warisan Melayu pada April tahun depan (2026), edisi khas 'Masterclass' - Siri Cendekiawan Lestari, edisi Nusantara akan menampilkan lebih ramai panelis perbincangan.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menjelang pembukaan semula Taman Warisan Melayu pada April tahun depan (2026), edisi khas 'Masterclass' - Siri Cendekiawan Lestari, edisi Nusantara akan menampilkan lebih ramai panelis perbincangan.
Ini diharap dapat merangsang dan memberi peluang untuk masyarakat Melayu Singapura mengenali dengan lebih dekat lagi individu-individu yang hasil kerjayanya telah memberi impak dalam bidang seni dan budaya di arena nusantara.
Demikian didedahkan Yayasan Warisan Melayu sewaktu ceramah bertajuk Silat Berpanggung, di bawah Siri Cendekiawan Lestari (Edisi Nusantara), yang berlangsung pada Sabtu (29 Nov) di The Pod, Bangunan Perpustakaan Negara.
Turut didedahkan, tayangan filem Gayong II yang dirancang sebagai tayangan trilogi, didorong pentingnya usaha menghasilkan filem-filem yang merakam, menghidupkan semula dan melestarikan warisan Nusantara.
TRILOGI FILEM GAYONG DEMI RAKAM PERJUANGAN SILAT & WARISAN NUSANTARA
Sekitar 50 aktivis silat, pendidik, karyawan media, aktivis seni dan budaya hadir, memanfaatkan ceramah bertajuk Silat Berpanggung oleh pengarah filem Singapura Faisal Ishak.

Ia antara lain menyentuh tentang perjalanan kreatif di sebalik penghasilan filem Gayong serta cabaran dalam menampilkan silat bukan sahaja sebagai seni bela diri tetapi sebagai jati diri bangsa.
Filem Gayong mengangkat legasi pendekar silat Meor Abdul Rahman dan bakal mewakili Malaysia di Festival Filem Kemboja.
Dan sekuelnya Gayong II bakal ditayangkan di pawagam tahun depan.
"Gayong II insyaAllah akan keluar di pawagam pada tahun 2026. Tapi pada masa yang sama, saya tengah bermain-main dengan idea untuk menutup trilogi Gayong. Jadi ada insya'Allah Gayong III.
"Dengan jemputan saya di sini, saya dapat berkongsi pahit-manis saya sebagai seorang pembuat filem dan dengan harapan bahawa perjalanan saya ini akan memberi para pembuat filem muda - kalau mereka dapat menerima detik-detik perjalanan saya, saya rasa sudah tercapai kerana saya ingin melihat juga masa depan para pembikin filem di tanah air kita untuk maju," luah Encik Faisal Ishak, pengarah filem Gayong 2025.
"Kalau ada satu-satunya nasihat yang saya ingin berikan ialah, jangan putus asa. Selalu percaya - jika anda punya satu idea, yakin kepada idea itu, jadikan idea itu satu kenyataan. Sebagai pembikin filem, saya faham kita ada banyak impian. Tetapi jangan terus lena. Bangkitlah dan ambil tindakan. Dan walaupun selepas kita mencapai satu-satu tahap yang kita rasa sudah mencukupi, berhenti, kerana ia belum mencukupi. Kita mesti terus berusaha mencapai tahap lebih tinggi!" tambahnya lagi.
Faisal Ishak memulakan kerjaya dalam bidang kreatif sebagai pelakon kanak-kanak pada 1975 sebelum menjadi Penerbit-Pengarah pada 1995.
Beliau dikenali menerusi drama terbitan di Malaysia seperti Nur Kasih, Juvana dan Ummi, yang meraih anugerah di Anugerah Skrin TV3, Shout Awards 8TV, Pesta Perdana (Singapura), Anugerah Televisyen Asia serta Anugerah Kreatif Akademi Asia.
Beliau juga telah mengarah sembilan filem termasuk trilogi Juvana dan Aliff Dalam 7 Dimensi.
USAHA BAKAL DIPERLUAS, YAYASAN WARISAN MELAYU RANCANG GABUNG LEBIH RAMAI PENCERAMAH
Diperkenalkan sejak tahun lalu, Siri Cendekiawan Lestari (Edisi Nusantara) merupakan usaha Yayasan Warisan Melayu bersama Lembaga Perpustakaan Negara, dengan sokongan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu untuk memberi lebih ruang dan peluang bagi masyarakat Melayu setempat mengenali dengan lebih dekat individu-individu yang hasil kerjanya telah memberi impak dalam bidang seni dan budaya di arena nusantara, seperti Encik Faisal.

"Dalam siri cendekiawan lestari Edisi Nusantara ini memang kita senantiasa mencari anak-anak jati Singapura yang telah berkarya dan karya mereka itu memberi impak di arena Nusantara. Jadi silat panggung ni bolehlah saya katakan bertepatan dengan masa kerana ianya ditayangkan pada bulan Mei dan kebetulan Faisal Ishak iaitu pengarah utama filem ini merupakan sahabat saya sejak dari kecil dan saya sangat bangga apabila saya melihat filem ini dan juga saya rasa relevannya kepada Singapura, " ujar Cik Rilla Melati, Pengurus Besar Yayasan Warisan Melayu.
Di akhir ceramah, beliau juga membuat beberapa pendedahan tentang usaha Yayasan Warisan Melayu selanjutnya.
"Kita sedang dalam perancangan untuk mengundang lebih ramai orang. Jadi mungkin dari seorang penceramah, mungkin saya akan gabungkan dua ataupun tiga penceramah, tetapi kita kekalkan konsep ini, kita tetap adakan edisi Nusantara, sebab saya rasa sambutan terhadap edisi Nusantara ini sangat-sangat menggalakkan.
"Dari tahun pertama kita ada Datuk Khairul Anwar Salleh. Itu boleh saya katakan pecah panggung, ruangan acara sampai tak muat, melebihi kapasiti maksimum. Untuk Faisal juga, sambutannya sangat-sangat menggalakkan, walaupun ada beberapa acara gah pada hari yang sama, tetapi kita masih lagi dapat menarik penonton untuk sama-sama mengikuti ceramah ini. Jadi itu satu indikasi yang sangat positif bagi pihak kami," kongsi Cik Rilla.

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.