Siri baru video animasi kanak-kanak papar pemandangan, bunyi sekitar Istana
SINGAPURA: Pemandangan dan bunyi suasana di Istana kini lebih mudah diakses kanak-kanak menerusi siri video animasi baru.
Ia diilhamkan buku-buku yang diterbitkan pada 2019.
Terbitan Pejabat Presiden dengan kerjasama Politeknik Ngee Ann, siri video animasi itu dilancarkan oleh Presiden Halimah Yacob hari ini.
Berdasarkan buku "The Curious Sounds of the Istana", video pertama dalam siri ini menjejaki pengalaman empat orang kanak-kanak yang meneroka pekarangan Istana.
Kanak-kanak yang menyumbang suara dalam video animasi itu sempat berpiknik di Istana, iaitu acara pertama seumpamanya sejak pandemik melanda.
Presiden Halimah berkata: "Saya rasa ini satu versi yang penting kerana kalau kita lihat pada anak-anak muda kita, kanak-kanak kita, mereka lebih suka menggunakan platform seperti ini, bukan saja dari segi membaca buku dan sebagainya.
"Jadi yang penting juga, versi animasi ini melibatkan anak-anak kita."
Suara-suara yang disertakan adalah daripada kanak-kanak dari Sekolah Rendah Chua Chu Kang, New Life Stories, dan juga Club Rainbow.
Presiden Halimah Yacob semasa Picnic@Istana pada 23 Mei 2022. (Gambar: MCI/Betty Chua)
SINGAPURA: Pemandangan dan bunyi suasana di Istana kini lebih mudah diakses kanak-kanak menerusi siri video animasi baru.
Ia diilhamkan buku-buku yang diterbitkan pada 2019.
Terbitan Pejabat Presiden dengan kerjasama Politeknik Ngee Ann, siri video animasi itu dilancarkan oleh Presiden Halimah Yacob hari ini.
Berdasarkan buku "The Curious Sounds of the Istana", video pertama dalam siri ini menjejaki pengalaman empat orang kanak-kanak yang meneroka pekarangan Istana.
Kanak-kanak yang menyumbang suara dalam video animasi itu sempat berkelah di Istana, iaitu acara pertama seumpamanya sejak pandemik melanda.
Presiden Halimah berkata: "Saya rasa ini satu versi yang penting kerana kalau kita lihat pada anak-anak muda kita, kanak-kanak kita, mereka lebih suka menggunakan platform seperti ini, bukan saja dari segi membaca buku dan sebagainya.
"Jadi yang penting juga, versi animasi ini melibatkan anak-anak kita."
Suara-suara yang disertakan adalah daripada kanak-kanak dari Sekolah Rendah Chua Chu Kang, New Life Stories, dan juga Club Rainbow.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.