Skip to main content

Singapura

Singtel, usaha sama StarHub-M1 menang tender kendali rangkaian 5G S'pura

Singtel serta usaha sama StarHub dan M1 berjaya memperolehi tender untuk mengendalikan rangkaian 5G di merata Singapura. 

Anggaran Waktu Membaca:
Singtel, usaha sama StarHub-M1 menang tender kendali rangkaian 5G S'pura

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 29 Apr 2020 09:16PM Dikemas Kini : 29 Apr 2020 09:19PM

SINGAPURA: Singtel serta usaha sama StarHub dan M1 berjaya memperolehi tender untuk mengendalikan rangkaian 5G di merata Singapura.

Ini menurut Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) pada Rabu (29 Apr).

Syarikat-syarikat telko itu dikehendaki menyediakan rangkaian 5G bagi sekurang-kurangnya separuh Singapura sebelum hujung 2022, sebelum dipertingkatkan untuk merangkumi seluruh negara menjelang hujung 2025.

Rangkaian 5G menjanjikan kelajuan internet 20 kali ganda lebih pantas berbanding kelajuan yang ditawarkan oleh rangkaian 4G.

Dalam pengumumannya, IMDA menyatakan bahawa Singtel dan usaha sama StarHub-M1 akan masing-masing diperuntukkan 100Mhz daripada 3.5Ghz spektrum frequensi radio setiap satu untuk menyediakan khidmat 5G kepada seluruh negara.

Pengendali khidmat mudah alih yang lain boleh mengakses khidmat rangkaian itu menerusi "aturan borong".

Menurut IMDA, ia juga akan memperuntukkan spektrum milimeter-wave(mmWave) kepada pengendali rangkaian mudah alih bagi menawarkan 'hotspot' 5G berkapasiti tinggi. Singtel, StarHub dan M1 masing-masing akan diberikan diperuntukkan 800Mhz spektrum mmWave. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita