Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singtel sudah capai lebih 95% rangkaian 5G bagi seluruh S'pura

Pencapaian itu tiga tahun lebih awal daripada sasaran yang ditetapkan pada hujung tahun 2025.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singtel menyatakan pada Jumaat (22 Jul) bahawa ia sudah mencapai lebih 95 peratus rangkaian khidmat 5G bagi seluruh negara, iaitu tiga tahun lebih awal daripada sasaran yang ditetapkan pada hujung tahun 2025.

Rangkaian 5G Singtel kini meliputi lebih 1,300 lokasi di luar bangunan dan menyediakan isyarat dalam sekitar 400 bangunan serta ruang bawah tanah, menurut telko itu, sambil menambah ini "sekali gus (menjadikan) Singapura negara pertama di dunia yang menerima sepenuhnya rangkaian khidmat 5G secara persendirian".

Teknologi generasi kelima internet berkelajuan tinggi, 5G itu membolehkan individu melungsuri internet dengan kelajuan 20 kali lebih pantas berbanding rangkaian 4G.

Singtel dan usaha sama StarHub-M1 diberi anugerah terakhir pada Jun 2020 untuk mengendalikan rangkaian 5G di Singapura, sekali gus membolehkannya melaksanakan rangkaian persendirian yang menyediakan keupayaan penuh 5G.

"Meskipun wujud gangguan akibat COVID-19 dan kesan langsung terhadap tenaga manusia dan sumber, pasukan perancang dan jurutera kami berjaya mempercepatkanpelaksanaan rangkaian 5G, bertungkus-lumus sepanjang pandemik bagi menyediakan asas dan membangunkan prasarana baru bagi rangkaian 5G yang selamat dan berdaya tahan," kata Encik Yuen Kuan Moon, ketua pegawai eksekutif kumpulan Singtel.

"Ini bermakna Singapura kini boleh memanfaatkan keupayaan penuh dan aplikasi terbaik yang ditawarkan 5G, membuka jalan bagi inovasi dan kemajuan baru yang akan memacu negara kita ke hadapan."

Bagi memperingati tanda aras itu, Singtel akan melakukan penstriman Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini sepenuhnya dengan 5G.

"Menggunakan 5G di acara pada skala sebegini akan benar-benar menguji kuasa da keutuhan rangkaian kami, terutama sekali kemampuannya untuk memberi kandungan berdefinisi ultra tinggi mengikut masa sebenar dari pelbagai alat dengan 5G, yang secara serentak melakukan penstriman bagi wadah online global," jelas ketua pegawai teknologi kumpulan Singtel, Mark Chong.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan