Skip to main content

Singapura

Singtel, Starhub diberi masa tambahan untuk tamatkan khidmat 3G

Anggaran Waktu Membaca:
Singtel, Starhub diberi masa tambahan untuk tamatkan khidmat 3G

(Gambar fail: Kai Pfaffenbach/Reuters)

Diterbitkan : 24 Jul 2024 12:26PM Dikemas Kini : 25 Jul 2024 02:18AM
SINGAPURA: Pengendali rangkaian mudah alih Singtel dan Starhub akan diberikan lebih banyak masa untuk memindahkan baki pelanggan yang menggunakan khidmat 3G kepada 4G/5G.

Manakala M1 akan menamatkan rangkaain 3Gnya mulai 1 Ogos.

Dalam kenyataan media pada Rabu (24 Jul), Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) menyatakan ia sedang memerhatikan usaha dibuat pengendali rangkaian mudah alih untuk menamatkan khidmat 3G mereka.

Disebabkan M1 sudah "memindahkan semua pelanggan individu dan syarikat 3G ke khidmat 4G/5G", ia adalah pengendali pertama untuk menamatkan khidmat 3G.

Pada Julai tahun lalu, IMDA mengumumkan tempoh peralihan selama setahun bagi ketiga-tiga pengendali rangkaian mudah alih tersebut untuk memindahkan pengguna 3G menjelang 31 Julai 2024.

Jika "pemindahan berjalan dengan lancar" Singtel dan StarHub merancang untuk mula menamatkan rangkaian 3G mereka mulai November 2024, dedah IMDA pada Rabu.
 
Dalam respons kepada soalan Mediacorp, timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singtel Anna Yip berkata, pengendali akan menggunakan masa tambahan untuk memberikan "sebilangan kecil pelanggan" lebih banyak masa untuk membuat pemindahan.

Mereka termasuk pengguna alat mudah alih lama atau kad SIM yang tidak boleh dihubungkan dengan rangkaian 4G dan 5G baharu, tambahnya.

Syarikat telekomunikasi tersebut giat menghubungi pelanggan untuk membantu mereka dengan pemindahan selama dua tahun lalu, kata Cik Yip.

Kakitangan di kedai-kedai Singtel juga menawarkan bantuan kepada pelanggan yang terjejas akibat perubahan tersebut, dengan "menyediakan bantuan tambahan kepada warga emas dan mereka yang terkesan".

StarHub menyatakan ia berusaha menghubungi pelanggannya secara berkala, dan pasukan barisan hadapannya di talian, laman web dan kedai fizikal juga sedia untuk membantu pelanggan.

Starhub menarik perhatian bahawa pemindahan tersebut juga memerlukan pelanggan untuk mempunyai telefon bimbit yang mempunyai 4G.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita