Skip to main content

Singapura

Singtel, StarHub dan M1 akan hentikan khidmat 3G jelang hujung Jul 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Singtel, StarHub dan M1 akan hentikan khidmat 3G jelang hujung Jul 2024

(Gambar: CNA/Calvin Oh)

Diterbitkan : 26 Jul 2023 02:28PM
SINGAPURA: Para pengendali rangkaian mudah alih Singtel, StarHub dan M1 akan menamatkan khidmat 3G masing-masing menjelang 31 Julai tahun depan.

Buat masa ini, ketiga-tiga syarikat telko itu merupakan satu-satunya pengendali yang menawarkan khidmat tersebut.

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) menyatakan pada Rabu (26 Jul) bahawa langkah itu seiring dengan kemajuan dan perkembangan dalam ruang komunikasi mudah alih di mana 3G sudah banyak digantikan dengan 4G dan 5G.

IMDA menambah bahawa tempoh peralihan selama setahun itu adalah bagi membolehkan pengendali melibatkan diri dan memindahkan baki pelanggan 3G mereka dengan sebaik-baiknya sebelum menamatkan khidmat 3G masing-masing.

Bagi memudahkan peralihan itu, operasi rangkaian mudah alih akan menawarkan pengguna pilihan untuk menukar ke pelan 4G "dengan syarat yang tidak merugikan mereka". Pelbagai pilihan mudah alih pada titik harga yang berbeza juga akan disediakan.

Bagi pengguna perusahaan, sokongan akan diberikan untuk membantu mereka beralih ke 4G atau khidmat alternatif lain sambil meminimumkan gangguan pada perkhidmatan sedia ada mereka.

IMDA juga menyatakan bahawa para peruncit tidak lagi boleh menjual telefon bijak 3G atau model 4G yang memerlukan 3G untuk panggilan biasa, kecuali untuk tujuan eksport. Ini akan berkuat kuasa mulai 1 Feb 2024.

Para pengguna yang terjejas boleh menghubungi syarikat telko masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut dan bantuan.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita