Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singtel peruntukkan S$45 juta tingkatkan kemahiran digital pekerjanya

Singtel memperuntukkan S$45 juta untuk meningkatkan kemahiran digital para pekerjanya buat tiga tahun mendatang. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Sep 2019 07:32PM Dikemas Kini : 12 Sep 2019 09:52PM

SINGAPURA: Singtel memperuntukkan S$45 juta untuk meningkatkan kemahiran digital para pekerjanya buat tiga tahun mendatang.

Ia menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Kesatuan Sekerja Telekom Singapura untuk membentuk Jawatankuasa Latihan Syarikat yang akan melaksanakan inisiatif tersebut.

12,600 pekerja akan meraih manfaat daripada rancangan tersebut yang juga termasuk program-program menggalak pembelajaran berterusan untuk kerjaya yang lebih panjang.

Acara menandatangani MOU tersebut diadakan di Singtel@8George, sebuah kemudahan pembelajaran dan inovasi bagi pekerja.

Ruang pelbagai guna setinggi empat tingkat itu akan menempatkan aktiviti-aktiviti seperti latihan serta hackathon. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan