Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singtel mohon maaf atas gangguan khidmat jalur lebar gentian; pelanggan terjejas diberi diskaun 10%

Singtel pada Selasa (8 Jun) memohon maaf atas gangguan pada khidmat jalur lebar gentian yang berlarutan selama berjam-jam, mengecewakan ramai pengguna yang bekerja dari rumah di tengah-tengah sekatan lebih ketat COVID-19 yang dikuatkuasakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Singtel mohon maaf atas gangguan khidmat jalur lebar gentian; pelanggan terjejas diberi diskaun 10%

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 08 Jun 2021 09:53PM Dikemas Kini : 08 Jun 2021 09:54PM

SINGAPURA: Singtel pada Selasa (8 Jun) memohon maaf atas gangguan pada khidmat jalur lebar gentian yang berlarutan selama berjam-jam, mengecewakan ramai pengguna yang bekerja dari rumah di tengah-tengah sekatan lebih ketat COVID-19 yang dikuatkuasakan.

Singtel juga memberi jaminan bahawa ia akan mengambil langkah-langkah untuk mencegah gangguan itu daripada berulang.

Isu-isu ketersambungan dikesan oleh laman DownDetector sejak kira-kira pukul 2.00 pagi tadi (8 Jun).

Sepanjang hari ini, para pengguna menggunakan media sosial untuk mengadu tentang bagaimana gangguan itu menjejas rutin bekerja dari rumah dan pembelajaran di rumah.

Setakat pukul 6.15 petang, khidmat jalur lebar gentian pulih sepenuhnya, menurut Singtel dalam kemas kini pada lewat petang tadi.

Syarikat telko itu menyatakan bahawa para jurutera masih menyiasat punca kejadian yang menjejas para pelanggan di kawasan tengah dan timur Singapura.

"Kami sedia maklum bahawa ramai daripada anda yang bekerja dari rumah dan kami benar-benar minta maaf atas gangguan ini," menurut Singtel.

"Kami memandang serius terhadap kejadian ini dan sedang mengambil langkah-langkah untuk menyemak semula proses-proses kami bagi mengelakkan kejadian serupa daripada berulang."

Singtel menyatakan ia akan memberikan diskaun 10 peratus daripada bil langganan jalur lebar untuk bulan Jun kepada para pelanggan yang terjejas. Potongan harga itu akan dinyatakan dalam bil bulan Jun masing-masing.

Para pengguna jalur lebar yang terjejas yang juga merupakan pelanggan khidmat pasca bayar Singtel yang menerima kiriman SMS daripada syarikat telko itu, juga akan menerima pengecualian caj data mudah alih tempatan untuk hari ini, dedah kenyataan tersebut.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan