Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singtel laporkan gangguan pada khidmat jalur lebar gentian

Singtel melaporkan masalah pada sambungan jalur lebar gentiannya pada Selasa (8 Jun) dengan beberapa pengguna mengalami gangguan pada waktu dinihari. 

Anggaran Waktu Membaca:
Singtel laporkan gangguan pada khidmat jalur lebar gentian

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 08 Jun 2021 02:25PM Dikemas Kini : 08 Jun 2021 02:27PM

SINGAPURA: Singtel melaporkan masalah pada sambungan jalur lebar gentiannya pada Selasa (8 Jun) dengan beberapa pengguna mengalami gangguan pada waktu dinihari.

Dalam satu catatan pada sekitar 7.50 pagi tadi, syarikat telekomunikasi itu menyatakan ia sudah selesai melakukan "sesi penyenggaraan semalaman" bagi beberapa pelanggan jalur lebar gentian. Ia menasihatkan orang ramai untuk melakukan "but semula berurutan" pada semua penghala (router) sekiranya mereka tidak dapat sambungan.

Singtel menyatakan dalam satu catatan Facebook pada 9.45 pagi bahawa ia sedar sesetengah pelanggan mungkin mengalami masalah untuk mengakses khidmat jalur lebar gentian mereka.

Catatan itu kemudian dikemas kini sebelum waktu tengah hari tadi. Singtel menyatakan para juruteranya "menyegarkan semula sambungan jalur lebar gentian yang terjejas secara bertahap-tahap untuk menyelesaikan masalah ini."

"Sesetengah pelanggan mungkin mengalami gangguan sementara pada sambungan mereka dalam tempoh ini," tambah Singtel.

Data yang disediakan oleh lelaman DownDetector menunjukkan aduan gangguan dibuat pada sekitar 2.00 pagi dengan lebih banyak aduan menyusul pada kira-kira jam 9.00 pagi dan sekali lagi pada waktu tengah hari.

Gangguan dilaporkan di kawasan-kawasan termasuk Tampines, Ang Mo Kio, River Valley, Punggol, Sembawang, Hougang, Yishun, Bishan dan Upper East Coast.

Para pengguna Facebook berkata sambungan Internet mereka terjejas sejak 2.00 pagi. Bekerja dari rumah menjadi pilihan tetap sejak Singapura melaksanakan langkah-langkah COVID-19 Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) pada 16 Mei lalu.

Pengguna Facebook Cheng ChuYin berkata gangguan itu "sangat mengganggu" dan menyebabkan "kesulitan besar pada urusan bekerja dari rumah".  

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa