Skip to main content

Singapura

Singtel lancar 5G+, 4 kali lebih pantas berbanding rangkaian 5G

Pelancaran rangkaian 5G+ oleh syarikat gergasi telekomunikasi Singtel kini membolehkan para pelanggan di Singapura menikmati kelajuan sehingga empat kali ganda lebih pantas berbanding rangkaian 5G serta sambungan yang lebih baik di serata pulau.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 May 2025 10:02PM
  • Pelancaran rangkaian 5G+ oleh syarikat gergasi telekomunikasi Singtel kini membolehkan para pelanggan di Singapura menikmati kelajuan sehingga empat kali ganda lebih pantas berbanding rangkaian 5G serta sambungan yang lebih baik di serata pulau.
  • Peningkatan tersebut dicapai menerusi kaedah 'network slicing'.
  • Ketua Pengarah Eksekutif Singtel SG, Ng Tian Chong berkata, "SingTel kini menetapkan penanda aras global dalam keterhubungan, kerana dengan 5G+, kami menyediakan rangkaian yang tiada tandingan dengan spektrum 700. Kami tingkatkan liputan sebanyak 40 peratus di seluruh Singapura."
  • "Keselamatan kami bukan sahaja dari segi tempatan, tetapi mereka yang bersama kami di Singtel juga akan mendapat perlindungan siber 'Mobile Protect' apabila ke luar negara," tambah beliau.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Pelancaran rangkaian 5G+ oleh syarikat gergasi telekomunikasi Singtel kini membolehkan para pelanggan di Singapura menikmati kelajuan sehingga empat kali ganda lebih pantas berbanding rangkaian 5G serta sambungan yang lebih baik di serata pulau.

Peningkatan itu adalah percuma dan disertakan dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik.

Peningkatan tersebut dicapai menerusi kaedah 'network slicing'.

Ia melibatkan penciptaan pelbagai rangkaian maya pada satu infrastruktur.

Setiap rangkaian disesuaikan untuk memenuhi keperluan khusus aplikasi yang berbeza seperti permainan online, penstriman atau panggilan video.

Ketua Pengarah Eksekutif Singtel SG, Ng Tian Chong berkata, "SingTel kini menetapkan penanda aras global dalam keterhubungan, kerana dengan 5G+, kami menyediakan rangkaian yang tiada tandingan dengan spektrum 700. Kami tingkatkan liputan sebanyak 40 peratus di seluruh Singapura."

"Keselamatan kami bukan sahaja dari segi tempatan, tetapi mereka yang bersama kami di Singtel juga akan mendapat perlindungan siber 'Mobile Protect' apabila ke luar negara," tambah beliau.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita