Singtel didenda S$1 juta atas gangguan talian tetap pada 2024
Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) mengenakan penalti kewangan sebanyak S$1 juta ke atas Singtel berhubung gangguan talian tetap pada tahun lalu yang menjejas separuh juta pengguna.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) mengenakan penalti kewangan sebanyak S$1 juta ke atas Singtel berhubung gangguan talian tetap pada tahun lalu yang menjejas separuh juta pengguna.
Gangguan talian tetap pada 8 Oktober 2024 itu menjejas kira-kira 500,000 pengguna korporat dan perumahan Singtel selama tempoh lebih empat jam, di mana ia menjejas panggilan yang dibuat bagi sesetengah agensi pemerintah, pertubuhan jagaan kesihatan, bank dan syarikat serta khidmat kecemasan, menurut IMDA pada Khamis (11 Dis).
Siasatan IMDA mendapati Singtel menghoskan dua tembok api maya (virtualised firewall) berasingan pada perkakasan yang sama - satu bagi sistem talian tetapnya dan satu lagi bagi sistem pemantauan bagi penghala jalur lebar rumah dan kotak set TV berbayar, menurut kenyataan media itu.
"Ini bermakna kedua-dua tembok api maya itu berkongsi sumber memori perkakasan yang sama," menurut IMDA.
"Memandangkan tembok api maya sistem pemantauan itu tidak mempunyai penapis mencukupi yang dipasang untuk melindungi hardwe itu daripada trafik berintensiti tinggi, sumber memori perkakasan itu dibebani apabila sistem pemantauan itu mengalami peningkatan intensiti trafik pada 8 Oktober 2024.
"Ini menyebabkan tembok api maya sistem talian tetap itu juga tidak berfungsi dan beroperasi secara berselang-seli," menurut IMDA.
IMDA menyatakan bahawa trafik suara dari sistem suara yang terjejas sepatutnya dialihkan sepenuhnya dan tanpa gangguan ke sistem suara berasingan di lokasi yang tidak terjejas melalui mekanisme pengambilalihan automatik.
Walau bagaimanapun, pengambilalihan itu tidak berlaku dengan lancar disebabkan oleh ketidakstabilan dinding api maya sistem suara yang terjejas, menyebabkan panggilan terputus secara berselang-seli apabila trafik suara bertukar-tukar antara sistem suara yang terjejas dan yang tidak terjejas.
"Insiden itu hanya dapat diselesaikan selepas Singtel sepenuhnya mengalihkan semua trafik suara kepada sistem suara yang tidak terjejas," menurut IMDA.
Dalam menentukan denda Singtel sebanyak S$1 juta, IMDA menyatakan ia mengambil kira skala dan impak gangguan tersebut, serta masa yang diambil untuk memulihkan rangkaian.
Ia berkata bahawa impak insiden tersebut adalah "ketara", kerana ia menjejaskan akses orang ramai kepada talian perkhidmatan pelanggan untuk beberapa agensi pemerintah, organisasi penjagaan kesihatan, bank dan syarikat, serta perkhidmatan panggilan kecemasan.
"Kesan yang berpotensi terhadap keselamatan dan keamanan orang ramai boleh menjadi sangat serius," menurut IMDA mengenai gangguan itu pada Oktober lalu.
"Siasatan IMDA menyimpulkan bahawa kejadian itu berada dalam kawalan Singtel untuk dicegah," kata pihak berkuasa itu, sambil menambah bahawa kejadian itu bukan disebabkan oleh serangan siber.
Sejak kejadian tahun lalu, Singtel melaksanakan hadwe berasingan untuk sistem suara dan sistem pemantauannya; dan mekanisme campur tangan untuk menghentikan trafik rangkaian daripada berselang-seli antara sistemnya semasa berlaku kegagalan.
"IMDA memegang syarikat telekomunikasi yang merupakan penyedia perkhidmatan utama, seperti Singtel, pada tahap kebolehpercayaan perkhidmatan yang tinggi," kata pihak berkuasa itu.
"Para penyedia perkhidmatan perlu merancang, mereka bentuk dan mengendalikan rangkaian yang berdaya tahan serta melaksanakan langkah-langkah bagi memastikan pemulihan cepat dan kesulitan minimum kepada para pengguna sekiranya berlaku gangguan."
Penyedia perkhidmatan utama yang lain juga dikehendaki oleh IMDA untuk menjalankan pemeriksaan ke atas sistem mereka untuk mengelakkan kelemahan konfigurasi yang serupa dan melakukan sebarang pemulihan sewajarnya.
"IMDA akan mengesahkan pemeriksaan dan langkah-langkah pemulihan yang dijalankan oleh para penyedia perkhidmatan," katanya.
Di bawah Akta Telekomunikasi, IMDA boleh mengenakan penalti sehingga S$1 juta atau sehingga 10 peratus daripada perolehan tahunan penyedia perkhidmatan.
"IMDA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas di bawah Akta Telekomunikasi, termasuk mengenakan penalti kewangan, sekiranya terdapat sebarang kecuaian yang dikenal pasti."

Sumber : CNA/HA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.