Singtel dapat hak siaran Liga Perdana sehingga Mei 2022, tiada kenaikan harga
Singtel TV memperolehi hak siaran Liga Perdana di Singapura bagi tiga musim mulai Ogos tahun depan. Demikian diumumkan oleh syarikat itu pada Khamis (22 Nov).
(Gambar fail: Reuters)
SINGAPURA: Singtel TV memperolehi hak siaran Liga Perdana di Singapura bagi tiga musim mulai Ogos tahun depan. Demikian diumumkan oleh syarikat itu pada Khamis (22 Nov).
Dalam satu kenyataan media, Singtel menyatakan bahawa ia sudah memperolehi hak tersebut mulai Ogos 2019 hingga Mei 2022, menjadikan syarikat itu penyiar rasmi bagi pertandingan tersebut di Singapura untuk 12 tahun berturut-turut.
"Kami gembira untuk terus membawakan segala aksi kelab-kelab terkemuka England dekat kepada peminat. Para peminat terjamin liputan Liga Perdana itu akan kekal pada harga yang dimampui kerana kami tidak akan merubah harganya," menurut Ketua Pegawai Eksekutif Consumer Singapore di Singtel, Encik Yuen Kuan Moon.
Pada November 2015, Singtel mengumumkan bahawa ia sudah memperolehi hak penyiaran bagi tiga musim sehingga 2018.
Singtel TV menyiarkan Liga Perdana termasuk Liga Juara-Juara UEFA, Piala FA dan lapan lagi pertandingan liga bola sepak dan piala.
Pakej-pakej termasuk saluran bola sepak bernilai S$69.90 sebulan.
Para pelanggan Singtel juga boleh menikmati 380 siaran langsung perlawanan Liga Perdana setiap musim di aplikasi video Singtel CAST. Mereka yang mempunyai kad kredit atau debit yang sah berpeluang menonton perlawanan-perlawanan tersebut secara langsung pada harga S$49.90 sebulan.
Awal bulan lalu, Singtel mengumumkan bahawa ia sudah mencapai perjanjian dengan beIN SPORTS untuk menyiarkan perlawanan-perlawanan Liga Juara-Juara UEFA dan Liga Eropah UEFA secara langsung.
Ini selepas Starhub mendedahkan pada lewat September bahawa ia memperolehi hak penyiaran kedua-dua pertandingan. Para peminat bola sepak terpaksa menantikan perjanjian telko itu bagi kedua-dua perlawanan berkenaan dengan Singtel mengumumkan awal dari itu tentang satu perjanjian saat akhir untuk menyiarkan lima perlawanan Liga Juara-Juara UEFA, hanya tiga jam sebelum perlawanan bermula.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.