Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singtel dalam konsortium bina kabel dasar laut di Asia; penuhi permintaan teknologi terkini

Tidak lama lagi, para pengguna Internet di Asia dan Asia Tenggara boleh menjangkakan khidmat Internet yang lebih pantas lagi boleh dipercayai.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Jun 2020 08:20PM Dikemas Kini : 11 Jun 2020 08:59PM

SINGAPURA: Tidak lama lagi, para pengguna Internet di Asia dan Asia Tenggara boleh menjangkakan khidmat Internet yang lebih pantas lagi boleh dipercayai.

Singtel mengumumkan demikian hari ini (11 Jun) dengan pemasangan kabel dasar laut berprestasi tinggi yang dijangka siap menjelang suku keempat 2022.

Ia dijangka memenuhi permintaan bagi teknologi terkini seperti khidmat 5G.

Kabel sepanjang 9,400 kilometer itu akan menghubungkan beberapa negara di rantau ini termasuk Singapura, China dan Jepun.

Kabel gentian optik berpasangan itu direka untuk mengendalikan lebih 140 terabit trafik.

Sumber : CNA/SY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan