Singtel bakal labur $20 juta setiap tahun bantu latih pekerja
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Roslan RAHMAN/AFP
SINGAPURA: Syarikat telekom terbesar negara Singtel meningkatkan usaha untuk mempersiapkan kakitangannya bagi masa depan digital.
Singtel akan memperuntukkan $20 juta setiap tahun bagi inisiatif Jawatankuasa Latihan Syarikat.
Ini akan membantu para pekerjanya mendapat kemahiran dalam teknologi baru seperti 5G serta latihan kepimpinan.
Perjanjian bersama Kesatuan Pekerja Telekom Singapura itu diperbaharui daripada perjanjian dimeterai pada 2019.
Pelaburan sebanyak $15 juta setiap tahun itu membawa manfaat kepada lebih 2,500 pekerja Singtel dalam tempoh tiga tahun lalu.
Kali ini, NTUC berharap Singtel akan menimbangkan satu lagi langkah tambahan.
Menurut Setiausaha Agung NTUC, Ng Chee Meng, sektor ICT memerlukan "ratu lebah" seperti syarikat Singtel yang berupaya mempercepatkan teknologi bukan sahaja bagi syarikat itu sendiri, bahkan bagi ekosistem ICT yang lebih besar.
"Jadi jika kita boleh bekerjasama dan melampaui hasil kejayaan syarikat kepada sektor, kita boleh berurus niaga dengan lebih baik bagi Singapura dan paling penting sekali bagi rakyat Singapura di negara ini," tambah Encik Ng lagi.
Singtel juga akan menubuhkan sebuah akademi pembelajaran baru untuk terus meningkatkan usaha latihan.
Kakitangannya boleh bekerjasama dan menghadiri program latihan secara fizikal atau maya mengikut jadual masing-masing.

Sumber : CNA/RU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.