Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singtel akan bangunkan semula Comcentre; dianggar bernilai lebih S$2 bilion

Anggaran Waktu Membaca:
Singtel akan bangunkan semula Comcentre; dianggar bernilai lebih S$2 bilion

(Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 23 Feb 2022 01:31PM Dikemas Kini : 23 Feb 2022 01:32PM

SINGAPURA: Syarikat telekomunikasi, Singtel, mengumumkan pada Rabu (23 Feb) rancangan untuk membangunkan semula ibu pejabatnya, Comcentre, dengan kos yang dianggar akan menelan belanja lebih S$2 bilion.

Bangunan di Exeter Road yang terletak berdekatan dengan stesen MRT Somerset itu sudah beroperasi sejak 1979.

Menurut Singtel, kos pembangunan, termasuk kos tanah dianggarkan bernilai lebih S$2 bilion.

Dua pemaju sudah disenarai pendek bagi fasa pertama tender berdasarkan mutu konsep reka bentuk, penilaian aset dan rekod prestasi mereka.

Proses tender akan ditutup pada Mac dan Singtel dijangka akan membuat pelantikan terakhir sebelum Mei.

Sebahagian daripada strategi kitar semula modal, Singtel akan melupuskan Comcentre kepada sebuah syarikat usaha sama yang ditubuhkan dengan pemaju dilantik dan ia akan memegang kepentingan majoriti dalam usaha sama tersebut.

Sebagai penyewa utama dalam bangunan baru itu, Singtel akan mengisi sekitar 30 peratus ruang. Baki ruang akan disewakan kepada para penyewa yang mencari pejabat-pejabat moden di bahagian tengah Orchard Road.

Comcentre yang baru itu dijangka siap menjelang 2028 dijangka mempunyai jumlah keluasan lantai kasar melebihi 110,000 meter persegi yang terdiri daripada bangunan pejabat Gred A, komponen runcit dan Orchard Exchange yang menempatkan infrastruktur telekomunikasi kritikal.

Singtel akan memindahkan Comcentre pada 2024 sebagai persediaan untuk dibangunkan semula dan para kakitangan Singtel akan berpindah ke ruang-ruang sementara di premis Singtel yang lain.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan