Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SingPost tolak dakwaan curi idea peti surat bijak

Singapore Post (SingPost) pada Jumaat (27 Sep) menolak dakwaan bahawa prototaip peti surat bijak yang baru diumumkannya diciplak dari mahasiswa universiti. SingPost menegaskan prototaip itu dibangunkan sebulan sebelum para pelajar itu menghubungi SingPost meminta bantuan.

Anggaran Waktu Membaca:
SingPost tolak dakwaan curi idea peti surat bijak

SingPost dedah prototaip peti surat. (Gambar: BERITAmediacorp)

Diterbitkan : 27 Sep 2019 09:40PM Dikemas Kini : 27 Sep 2019 09:41PM

SINGAPURA: Singapore Post (SingPost) pada Jumaat (27 Sep) menolak dakwaan bahawa prototaip peti surat bijak yang baru diumumkannya diciplak dari mahasiswa universiti. SingPost menegaskan prototaip itu dibangunkan sebulan sebelum para pelajar itu menghubungi SingPost meminta bantuan.

Pada Selasa, SingPost mendedahkan prototaip sistem peti surat bijak itu kepada para wartawan dan menunjukkan cara penggunaannya.

Bagaimanapun pada Khamis, seorang siswazah Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) Jerry Neo dalam satu catatan di wadah rangkaian profesional LinkedIn menuduh SingPost meniru idea itu daripada projek sekolah yang beliau pernah libatkan diri.

"Saya tidak kisah apabila keluar berita dan mereka (SingPost) tidak mengiktiraf kami. Saya memberitahu pasukan saya kita sudah membuktikan diri sebagai berdaya inovatif," kata Encik Neo. Bagaimanapun menurutnya lagi, beliau tidak berpuas hati apabila "mereka mendakwa menjadi yang pertama di dunia (menghasilkan sistem itu)".

Menjawab tuduhan itu, seorang jurucakap SingPost memberitahu Mediacorp menerusi emel bahawa syarikatnya tidak bersetuju dengan dakwaan Encik Neo.

SingPost menyatakan kerja-kerja membangunkan peti surat bijak bermula Januari tahun ini, sebulan sebelum Encik Neo dan kumpulannya menghubungi SingPost bagi bantuan untuk projek mereka pada Februari.

Syarikat itu menyatakan reka bentuk projek Encik Neo "tidak pernah digunakan dalam proses penghasilan kami atau dikongsi dengan pengeluar prototaip kami" dan kakitangan yang berhubung dengan kumpulan Encik Teo juga tidak terlibat dalam desain peti surat bijak itu.

“SingPost memaklumkan Encik Neo dan kumpulannya bahawa kami sedang membangunkan projek yang sama namun tidak dapat mendedahkan lebih banyak butiran oleh kerana perjanjian kerahsiaan bersama pembangun prototaip kami, yang sudah melakar reka bentuk awal peti surat bijak," menurut syarikat itu.

Jurucakap SingPost juga menambah reka bentuk dan cara operasi peti surat Encik Neo "sangat berbeza" daripada yang didedahkan SingPost pada Selasa.

SingPost menyatakan meskipun saling berhubungan dengan mengirim pesanan ringkas dengan Encik Neo, pihaknya tidak menerima mahupun memiliki rekaannya. Bagaimanapun, ia akur "kami boleh memperbaiki cara perhubungan kami dengan Encik Neo dan pasukannya untuk mengelakkan salah faham ini".

SingPost menyatakan pihaknya sedang merancang satu pertemuan dengan Encik Neo, anggota pasukannya serta profesor yang menyelia projek tersebut untuk memperjelaskan kedudukan sebenar.

Mediacorp sudah menghubungi Encik Neo untuk mendapatkan komen daripadanya.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan