SingPost terbuka untuk bincang dengan SIAS mengenai pemecatan 3 eksekutif kanan
Anggaran Waktu Membaca:

Pusat Logistik E-dagang Serantau SingPost di Singapura. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Singapore Post (SingPost) menyatakan pada Khamis (2 Jan) bahawa ia terbuka kepada perbincangan dengan Persatuan Pelabur Sekuriti Singapura (SIAS) mengenai keputusan untuk memecat tiga eksekutif kanannya.
Ini selepas selepas badan pemerhati pelabur runcit itu menggesa bagi siasatan profesional bebas.
Pada bulan lalu, SingPost memecat ketua pegawai eksekutif kumpulannya Vincent Phang, ketua pegawai kewangan kumpulan Vincent Yik dan ketua unit perniagaan antarabangsanya Li Yu, atas salah pengendalian laporan pemberi maklumat.
"Pemecatan mengejut tiga eksekutif kanan daripada SingPost, ditambah dengan penafian tegas mereka terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada mereka, telah menimbulkan persoalan kritikal dalam fikiran pemegang saham, pelabur dan pasaran," kata Presiden dan CEO SIAS David Gerald dalam satu kenyataan pada Khamis.
"Fakta bahawa mereka diberitahu untuk meninggalkan syarikat dengan serta-merta menunjukkan pelanggaran peraturan yang sangat serius yang seterusnya memerlukan penjelasan terperinci.
"Namun perlu dikatakan bahawa pendedahan daripada syarikat itu dan respons daripada ketiga-tiga eksekutif setakat ini menimbulkan lebih banyak persoalan daripada memberikan jawapan.
"Pemegang saham layak mendapat (penjelasan) lebih baik dan begitu juga pasaran jika semua pihak ingin membuat keputusan berdasarkan maklumat yang betul mengenai pelaburan mereka."
Disebabkan tahap serius insiden tersebut dan banyaknya persoalan "yang masih belum terjawab", beliau berkata badan pemerhati tersebut "sangat menggesa" agar dijalankan siasatan profesional bebas bagi perkara itu.
SIAS adalah kumpulan advokasi untuk hak pelabur dan menyifatkan diri mereka sebagai "suara bagi pemegang saham minoriti".
Sebagai respons kepada pertanyaan Mediacorp pada Khamis, SingPost menyatakan pihaknya sudah memenuhi kewajipan pendedahannya "sambil berhati-hati untuk tidak menjejas sebarang prosiding undang-undang yang berpotensi".
"Kami telah menghubungi SIAS dan bersedia untuk membincangkan peristiwa terkini setakat yang mungkin dengan kekangan ini," jelas seorang jurucakap.
Persatuan itu sebelum ini telah bertanya kepada SingPost sama ada ia akan menerbitkan hasil dapatan utama siasatan dalamannya.
Dalam satu pemfailan di Bursa Singapura (SGX) pada Ahad lalu, syarikat tersebut menyatakan ia tidak akan berbuat demikian.
"PERBEZAAN ASAS"
Siasatan dalaman mendapati amalan dalam unit perniagaan antarabangsa yang melibatkan kemasukan manual kod status kegagalan penghantaran (DF) untuk sejumlah besar bungkusan yang SingPost telah bersetuju untuk hantar bagi salah satu pelanggan terbesarnya.
Ini menunjukkan maklumat palsu bahawa penghantaran telah cuba dilakukan tetapi gagal. Laporan pemberi maklumat mendakwa bahawa ini dilakukan untuk mengelakkan pembayaran denda kontrak tertentu kepada pelanggan.
Tiga pekerja dari unit perniagaan antarabangsa dipecat pada bulan Jun dan laporan polis dibuat terhadap mereka.
Sebagai sebahagian daripada satu siasatan dalaman yang dijalankan, tingkah laku pengurusan semasa siasatan ke atas laporan pemberi maklumat juga diteliti.
Jawatankuasa audit bertemu pada 11 Mac dan 3 April untuk membincangkan dapatan audit dalaman kumpulan (GIA).
Menurut SingPost, ketiga-tiga eksekutif kanan membuat pernyataan palsu, termasuk menafikan bukti manipulasi data atau salah laku.
Memandangkan perwakilan yang dibuat oleh pihak pengurusan bercanggah dengan dapatan oleh GIA, jawatankuasa audit meminta bantuan penasihat undang-undang luar pada 3 April dan penyedia perkhidmatan forensik pada 19 April.
Ketiga-tiga lelaki itu dipecat pada 21 Disember. Mereka telah mengatakan bahawa mereka akan mencabar keputusan SingPost untuk menamatkan pekerjaan mereka, dengan alasan bahawa ia tidak adil.
SIAS mempersoalkan sama ada SingPost telah mempertimbangkan langkah disiplin alternatif seperti penggantungan, pemotongan gaji atau penurunan pangkat dan bukannya pemecatan.
"Dari sudut pandangan pemegang saham dan pasaran, Messrs Phang, Yik dan Li adalah pegawai syarikat yang berpengalaman dan bijak," kata Encik Gerald.
"Untuk mereka secara kolektif melakukan amalan salah di lapangan membayangkan mereka bertindak serentak. Adakah mereka bersekongkol? Jika ya, apakah tujuan mereka?"
Beliau menambah bahawa siasatan bebas harus meneliti sama ada lembaga SingPost adalah badan yang tepat untuk mengetuai siasatan, dan sama ada GIA mempunyai kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk "menjalankan siasatan secara objektif".

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.