SingPost lapor laba bersih S$245 juta selepas jual perniagaan Australia miliknya
Anggaran Waktu Membaca:

Barangan yang dihantar oleh SingPost. (Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Singapore Post melaporkan laba bersih sebanyak S$245.1 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac.
Angka ini, yang lebih seganda berbanding tahun lalu, disebabkan "keuntungan luar biasa" daripada penjualan perniagaan Australia syarikat itu, menurut SingPost dalam kenyataan medianya pada Khamis (15 Mei).
Syarikat tersebut telah mencatat keuntungan luar biasa bersih sebanyak S$222.2 juta bagi seluruh tahun itu.
Ini terdiri daripada sebahagian besar keuntungan daripada penjualan SingPost Australia Investments sebanyak S$302.1 juta dan keuntungan nilai saksama (fair value) hartanah sebanyak S$15.2 juta, yang sebahagiannya diimbangi oleh caj kemerosotan nilai (impairment) sebanyak S$79.6 juta, terutamanya untuk Quantium Solutions, dedah syarikat itu.
Pada Disember 2024, dilaporkan bahawa syarikat itu menjual perniagaan Australia mereka, Freight Management Holdings (FMH), kepada firma ekuiti swasta Pacific Equity Partners.
Penjualan itu dijangka menghasilkan keuntungan daripada penjualan sebanyak S$312.1 juta, menurut syarikat itu dalam pemfailan di Bursa Singapura pada masa itu.
Pada Khamis, syarikat itu menyatakan hasil daripada penjualan perniagaan Australia telah diperuntukkan untuk pengurangan hutang, pulangan kepada pemegang saham dan usaha membiayai pertumbuhan masa depan perniagaan tersebut.
Lembaga pengarahnya juga mencadangkan dividen khas sebanyak S$202.5 juta pada kadar 9 sen bagi setiap saham biasa.
"Transaksi ini telah memberi gambaran jelas bagi nilai yang belum direalisasikan dalam perniagaan, membawa ke hadapan pembukaan nilai dan mengembalikan modal kepada pemegang saham,” kata pengerusi lembaga pengarah SingPost, Simon Israel.
Dividen tersebut tertakluk kepada kelulusan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-33, dengan tarikh pembayaran dan tarikh rekod dividen khas akan diumumkan kelak.
KEUNTUNGAN BERSIH ASAS MENURUN
Tanpa mengambil kira keuntungan luar biasa, SingPost menyaksikan keuntungan bersih asasnya menurun lebih daripada 40 peratus kepada S$24.8 juta untuk tahun kewangan tersebut.
Syarikat itu juga mencatat kerugian bersih sebanyak S$0.5 juta pada separuh kedua tahun kewangan, berbanding keuntungan S$28.1 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.
"Penurunan ini mencerminkan keadaan yang semakin mencabar dan tidak menentu dalam sektor logistik global," jelas SingPost.
Pendapatan tahunan SingPost berjumlah S$813.7 juta, kurang 7.5 peratus berbanding tahun lalu, disebabkan terutamanya oleh "rintangan dalam segmen antarabangsa" mereka, yang turut menyaksikan penurunan pendapatan sebanyak 11.2 peratus kepada S$494.3 juta.
Segmen Singapura mencatat kenaikan sederhana sebanyak 2.9 peratus dalam pendapatan kepada S$326.7 juta, didorong oleh perniagaan hartanah, yang mencatat peningkatan pendapatan yang kukuh sebanyak 11.9 peratus kepada S$86.9 juta, dedah syarikat itu.
SingPost menambah bahawa dalam segmen antarabangsa, perniagaan penghantaran barang - kumpulan Famous Holdings - menunjukkan rentak positif, walaupun "prestasi keseluruhan segmen itu lebih sederhana."
"SEKITARAN OPERASI YANG MENCABAR"
Syarikat itu menyatakan prospek ekonomi global masih kabur akibat ketegangan perdagangan yang berterusan berikutan pelaksanaan tarif Amerika dan langkah balas oleh rakan dagang utama.
"Perkembangan ini telah mengganggu aliran perdagangan antarabangsa, mewujudkan ketidaktentuan dalam rantaian bekalan dan melemahkan ramalan ekonomi global," menurut SingPost.
Ia juga menyatakan bahawa sektor logistik telah terjejas, dengan jumlah logistik merentas sempadan kini "berdepan tekanan".
"Ini, di samping ketegangan geopolitik, telah menyebabkan sekitaran operasi yang lebih tidak menentu dan mencabar."
SingPost menjangkakan "keadaan yang mencabar" ini akan berterusan pada tahun kewangan ini.
Selain itu, selepas penjualan perniagaan Australia, kumpulan itu telah mengambil langkah untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan terasnya, termasuk memperkemaskan operasi untuk menyelaraskan asas kos.
Selepas semakan oleh lembaga pengarah, perniagaan merentas sempadan antarabangsa syarikat telah digabungkan semula ke dalam perniagaan pos dan logistik Singapura untuk mencapai "sinergi perniagaan dan meningkatkan kecekapan operasi".
Perniagaan merentas sempadan itu akan terus menjadi sebahagian daripada tawaran produk SingPost, memanfaatkan rangkaian pos antarabangsa, tambahnya.
SingPost juga menyatakan bahawa usaha sedang dijalankan untuk mengukuhkan operasi pos dan logistik Singapura bagi meningkatkan kecekapan, dengan pelaburan S$30 juta dalam sistem automasi baharu untuk memperluaskan kapasiti pemprosesan bagi pakej kecil di kemudahan Pusat Logistik e-Dagang Serantau, bagi mewujudkan laluan untuk pertumbuhan masa depan.
Syarikat itu menambah bahawa ia terus berhubung dengan pemerintah Singapura mengenai model operasi masa depan yang akan meletakkan perkhidmatan pos pada asas yang menguntungkan dan mampan.

Sumber : CNA/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.