SingPost lancarkan set setem baru peringati perayaan kebudayaan utama S'pura
Singapore Post (SingPost) bakal melancarkan set empat setem peringatan yang menggambarkan perayaan kebudayaan utama di Singapura pada Jumaat (22 Apr).

SingPost melancarkan set setem baru untuk memperingati perayaan kebudayaan utama di Singapura. (Gambar: SingPost)
SINGAPURA: Singapore Post (SingPost) bakal melancarkan set empat setem peringatan, yang menggambarkan perayaan kebudayaan utama di Singapura, pada Jumaat (22 Apr).
Perayaan yang dipaparkan pada setem-setem tu adalah Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa, Deepavali dan Tahun Baru.
Setem-setem itu merakamkan "intipati sambutan permulaan tahun baru dalam kalangan budaya berbeza di Singapura", menurut SingPost di lamannya.
“Adatnya mungkin berbeza-beza tetapi ada juga adat yang mengikat kita semua secara bersama. Ikatan itu sendiri adalah sesuatu yang boleh diraikan.”
Setem-setem itu memaparkan ilustrasi oleh Cik Lim An-Ling, iaitu pereka bagi setem Dwiabad Singapura 2019 serta siri setem zodiak semasa.
Setem itu berharga S$0.30 setiap satu, dengan set empat setem dijual pada harga S$1.20.
Buku kecil setem pelekat sendiri (S$3), Sampul Hari Pertama dengan setem (S$2.55) dan pek cenderahati (S$3.60) juga akan disediakan.
Orang ramai boleh membeli set setem tersebut di semua pejabat pos dan kedai filatelik serta dari kedai online SingPost.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.