SingPost lancar 'setem tertinggi'; papar pencakar langit mesra alam
Para pengumpul setem boleh memiliki "setem-setem tertinggi' yang pernah dikeluarkan dalam sejarah Singapura mulai hari ini (1 Jul).

Sampul Hari Pertama Kehijauan Pencakar Langit dengan setem. (Gambar: Laman web SingPost)
SINGAPURA: Para pengumpul setem boleh memiliki "setem-setem tertinggi' yang pernah dikeluarkan dalam sejarah Singapura mulai hari ini (1 Jul).
Set peringatan merangkumi enam setem yang dilancarkan oleh Singapore Post menampilkan bangunan-bangunan terkemuka di Singapura dengan ciri-ciri mesra alam dan kehijauan pada bangunan pencakar langit.
Menurut SingPost, setem berukuran 81.6 milimeter setiap satu, meraikan projek mesra alam di bangunan tinggi yang dibangunkan oleh kedua-dua pemaju awam dan privet sepanjang 10 tahun lalu yang "menyuntik inspirasi kepada kemungkinan serta sempadan baru dalam membentuk Singapura sebagai sebuah bandar dalam alam semula jadi".
Enam bangunan yang ditampilkan dalam set peringatan itu adalah Hospital Khoo Teck Puat Hospital (selesai dibina pada 2010), Oasia Hotel Downtown (2016), Kampung Admiralty (2017), Jewel Lapangan Terbang Changi (2018), SkyTerrace@Dawson (2015) dan Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Lee Kong Chian (2015).
Setem-setem itu berharga antara S$0.30 hingga S$1.40 dan dijual di semua pejabat pos, kedai filatelik dan secara online, selagi stok masih ada.
Sampul Hari Pertama dengan setem (S$6.30) dan Pek Persembahan (S$7.35) juga ditawarkan.
S'PURA YANG MENGHIJAU JADI KEUTAMAAN
Walaupun kekurangan tanah, SingPost menyatakan komitmen untuk menghijaukan Singapura tetap menjadi keutamaan nombor satu dalam pembangunan masa depan negara.
Program Membuat Seni Taman di Kawasan-Kawasan Bandar dan Bangunan-Bangunan Tinggi (LUSH) diperkenalkan pada 2009 untuk menggalak pemaju bangunan untuk mengutamakan amalan kehijauan dan mesra alam di bangunan tinggi dalam reka bentuk bangunannya. Ia adalah antara inisiatif bagi menyokong pelaksanaan bangunan tinggi yang menghijau di seluruh negara, menurut SingPost.
Setakat sehingga hujung 2020, SingPost menyatakan skim LUSH sudah memperkenalkan lebih 250 hektar kawasan hijau di bangunan-bangunan baru sepanjang tempoh sedekad yang lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.