Skip to main content

Singapura

SingPost lancar setem khas sempena Tahun Baharu Cina

Anggaran Waktu Membaca:
SingPost lancar setem khas sempena Tahun Baharu Cina
SingPost lancar setem bertema kuda pada 20 Jan 2026. (Gambar: Singapore Post)
New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 20 Jan 2026 01:07PM Dikemas Kini : 20 Jan 2026 01:08PM
SINGAPURA: Singapore Post (SingPost) melancarkan set setem baharu dan lembaran khas pengumpul pada Selasa (20 Jan) sempena menyambut Tahun Kuda.

Setem baharu ini adalah sebahagian daripada siri 12 tahun yang bermula pada 2020 dengan Tahun Tikus.

Kuda merupakan haiwan ketujuh dalam kitaran Zodiak Cina.

Setem dan produk bertemakan kuda ini akan mula dijual pada Jumaat ini di semua pejabat pos, kedai koleksi setem, dan di laman rasmi SingPost.

Set setem tersebut menampilkan dua ilustrasi grafik kuda yang bersifat "berani meneroka" dan ditawarkan dalam bentuk dua denominasi - setem tempatan pertama (first local stamp) (S$0.62) dan S$2.
Related article image
Setem Tahun Kuda. (Gambar: SingPost)
Sampul Koleksi Khas Hari Pertama (FDC) yang sudah dicap, dilekatkan dengan set setem lengkap serta dicop dengan tanda pos khas Zodiak Kuda dan akan dijual pada harga S$4.85.
Related article image
Sampul Koleksi Khas Hari Pertama dijual pada harga S$4.85. (Gambar: SingPost)
Related article image
Pek cenderahati dijual pada harga S$5.35. (Gambar: SingPost)
Manakala pek cenderahati yang mengandungi kedua-dua setem tersebut berharga S$5.35.

Satu lembaran khas pengumpul yang memaparkan ciri-ciri individu yang lahir pada Tahun Kuda, termasuk set lapan paket merah (hongbao, turut dijual pada harga S$19.15.
Related article image
Lembaran khas dijual pada harga S$19.15. (Gambar: SingPost)
Related article image
Folder Zodiac MyStamp dijual pada harga S$22.20. (Gambar: SingPost)
Selain itu, Folder Zodiac MyStamp yang mengandungi lembaran hiasan musim bunga MyStamp bertemakan sifat-sifat kuda juga boleh dibeli pada harga S$22.20.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita