Skip to main content

Singapura

SingPost lancar setem baru Tahun Naga dengan set khas untuk pengumpul

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: SingPost melancarkan setem baharu dan koleksi pengumpul istimewa pada Khamis (4 Jan) untuk Tahun Naga sempena Tahun Baharu Cina.

Ia merupakan set kelima dalam siri Zodiak Cina, dedah SingPost. Setem tersebut adalah sebahagian daripada siri 12 tahun yang bermula pada 2020, iaitu Tahun Tikus.

Setem Zodiak Naga, yang akan dijual pada Jumaat (5 Jan), memaparkan "ilustrasi" naga yang menggantikan arnab dalam zodiak Cina sebelum ini.

Siri itu direka oleh juru animasi dan ilustrasi Cik Lim An-Ling. Beliau bekerjasama dengan SingPost sejak 2013, dedah kumpulan itu.

Setiap setem mempunyai dua denominasi: Tempatan pertama (S$0.52) dan S$2.

d

c

Sampul surat hari pertama dengan set setem lengkap serta cap pos Naga akan dijual pada S$4.05.

Manakala satu lagi set pameran yang mengandungi kedua-dua setem akan dijual pada S$5.10.

p

Satu set pengumpul berharga S$19.15 juga dijual. Ia merangkumi setem peringatan bernilai S$10, serta set lapan sampul surat merah di dalam fail.

Set pengumpul tersebut direka oleh Encik Andy Koh, yang pernah mencipta beberapa isu setem sejak 2000, tambah SingPost. Reka bentuk set pengumpul menggambarkan seni memotong kertas tradisional Cina secara moden.

SingPost menambah bahawa untuk label pos yang dibeli di kios-kiosk SAM di Pejabat Pos Am dan Pejabat Pos Suntec bermula pada Jumaat, ia akan menampilkan reka bentuk bertemakan Naga sempena Tahun Baharu Cina.

a

Setiap setem dan produk bertemakan naga akan dijual di semua pejabat pos, kedai dan kaunter filateli, serta online selagi stok masih ada.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita