Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SingPost lancar setem baru Tahun Harimau

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: SingPost hari ini (7 Jan) melancarkan set setem sempena menyambut Tahun Harimau. 

Dua setem, yang bernilai S$0.30 (1st local) dan S$1.40, dilukis oleh Cik Lim An-Ling, iaitu pelukis bagi siri setem Dwiabad Singapura.

Setem-setem baru itu sebahagian daripada siri 12 tahun yang bermula pada 2020 dengan Tahun Tikus. Harimau merupakan haiwan ketiga dalam zodiak Cina. 

Tahun Harimau bermula pada 1 Februari, iaitu hari pertama Tahun Baru Cina. 

"Menurut kepercayaan ramai, mereka yang dilahirkan pada Tahun Harimau ini dipercayai berani, berdaya saing, berkeyakinan namun sukar diduga. Walaupun kebanyakannya menawan dan disukai ramai, mereka juga kadangkala dikenali sebagai gopoh, cepat marah dan terlalu menurut kemahuan," menurut SingPost dalam satu kenyataan media. 

Bintang-bintang terkenal yang dilahirkan pada Tahun Harimau termasuk Ratu Elizabeth II, penyanyi Lady Gaga, penyanyi Shawn Mendes, pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio serta personaliti-personaliti TV Singapura Desmond Tan dan Rebecca Lim. 

Tawaran penjualan setem hari pertama dengan setem-setem tersebut dan cap pos istimewa zodiak harimau akan dijual pada harga S$3.10, manakala satu lagi set (presentation pack) yang lengkap dengan kedua-dua setem dijual pada harga S$4.15

SingPost menyatakan ia juga akan mengeluarkan satu koleksi istimewa bagi para pengumpul setem, yang menampil setem peringatan bernilai S$10 dan diletakkan dalam sebuah fail yang berisi satu set sebanyak lapan sampul wang berwarna merah, keseluruhannya dijual pada harga S$18.80.

Semua setem bertema harimau dan cenderahati akan dijual di semua pejabat pos, kedai-kedai dan kaunter-kaunter filatelik serta secara online. 

Untuk sampul yang dibeli di kiosk-kiosk SAM di Pejabat Pos Am dan Pejabat Pos Suntec, ia akan menawarkan rekaan bertema harimau dalam tempoh terhad mulai hari ini (7 Jan). 

SingPost juga menawarkan potongan harga bagi bayaran pos kad ucapan, bagi kiriman ke alamat di Singapura dan luar negara. Harga diskaun itu tertakluk kepada kad ucapan yang dihantar antara 11 Januari dengan 2 Februari.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan