SingPost lancar khidmat penghantaran bungkusan baharu ke Amerika Syarikat
Anggaran Waktu Membaca:
Bungkusan yang dikirimkan menerusi SingPost. (Gambar fail: TODAY)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Mulai Isnin (15 Sep), pelanggan runcit yang menghantar bungkusan ke Amerika Syarikat boleh menggunakan perkhidmatan baharu SingPost yang memastikan kiriman itu mematuhi peraturan baharu Amerika Syarikat, yang tidak lagi membenarkan pengecualian tarif untuk bungkusan bernilai rendah.
Perkhidmatan baharu itu, yang dikenali sebagai Speedpost Direct International (Retail), menawarkan kadar penghantaran tetap bagi dua pilihan pembungkusan standard, tidak termasuk cukai.
Bungkusan sehingga 0.5kg yang muat dalam sampul surat standard bersaiz 16.2 x 22.9cm akan dikenakan kadar penghantaran tetap sebanyak S$29, manakala bungkusan sehingga 2kg yang muat dalam kotak standard bersaiz 31 x 23 x 9cm akan dikenakan bayaran S$69. Nilai kandungan setiap bungkusan tersebut juga tidak boleh melebihi US$100 (S$128).
Ini selepas Amerika Syarikat memansuhkan pengecualian cukai untuk bungkusan kecil bernilai US$800 (S$1,025) ke bawah yang memasuki negara itu, sejak 29 Ogos lalu.
SingPost memaklumkan bahawa dua pilihan pembungkusan standard itu merangkumi lebih 80 peratus saiz bungkusan yang biasa dihantar ke Amerika Syarikat.
“Pelanggan yang menggunakan pembungkusan sedia ada masih akan dibantu untuk memasukkan barang mereka ke dalam sampul surat atau kotak standard bagi memastikan ia mematuhi peraturan dan memudahkan proses penghantaran,” tambah syarikat itu.
“Kakitangan pejabat pos kami akan membantu pelanggan mengira dan mengumpul segala cukai yang perlu terlebih dahulu, supaya penerima tidak terkejut dengan bayaran tambahan yang tidak dijangka,” kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan SingPost, Neo Su Yin.
“Manfaat utama perkhidmatan ini adalah ia lebih telus untuk pelanggan runcit.”
Untuk menggunakan perkhidmatan baharu itu, pelanggan perlu tahu negara di mana barangan berkenaan dihasilkan, kerana ia kini menjadi syarat wajib bagi pihak kastam Amerika Ssyarikat, menurut SingPost.
Mereka juga perlu menyediakan kod sistem yang diselaraskan — iaitu klasifikasi sejagat bagi produk perdagangan yang diperlukan untuk pelepasan kastam.
Bagi pelanggan yang kerap atau mempunyai keperluan penghantaran yang lebih rencam, SingPost mengesyorkan agar mereka membuka akaun korporat di mana pengurus akaun boleh membantu menguruskan penghantaran bagi bungkusan pelbagai saiz dengan menggunakan Speedpost Direct International.
SingPost turut memaklumkan bahawa pelanggan dengan bungkusan melebihi 2kg atau bernilai lebih US$100 (S$1,025) boleh menggunakan perkhidmatan premium Speedpost Express International.
Pada bulan lalu, SingPost mengumumkan bahawa mulai 25 Ogos, mereka akan "menggantung penerimaan barangan dengan nilai komersial" melalui perkhidmatan standard, kecuali surat tanpa nilai yang diisytiharkan, untuk penghantaran ke Amerika Syarikat.
Menurut Kesatuan Pos Sejagat (UPU), sekurang-kurangnya 88 pengendali pos di seluruh dunia menggantung sepenuhnya atau sebahagian khidmat penghantaran bungkusan mereka, susulan tarif baharu oleh Washington. UPU adalah agensi kerjasama pos di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sumber : CNA/KH/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.