Skip to main content

Singapura

SingPost lancar inisiatif bagi penduduk kirim surat melalui peti surat di kolong blok

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Oct 2025 10:16PM Dikemas Kini : 20 Oct 2025 11:29PM
SINGAPURA: Para penduduk di lima estet HDB tidak lama lagi boleh mengirim atau pos surat dari peti surat di bawah blok mereka sendiri menerusi sebuah peti surat khusus.

Dirintis oleh Singapore Post, lebih 220 blok HDB akan terlibat dalam program itu yang akan dijalankan sehingga hujung tahun ini.

Jika ternyata berjaya, ia akan diperluaskan ke seluruh Singapura.

"Sekarang, orang ramai sudah terbiasa dengan kemudahan, dan apabila anda perlu berjalan lebih daripada 10 minit, ia tidak begitu selesa.

"Oleh itu, kami sedar bahawa peti surat berfungsi sebagai tempat yang sangat mudah untuk orang ramai menghantar surat.

"Mereka tidak lagi perlu mencari peti pos surat. Ia terletak di kolong blok mereka sahaja," kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, SingPost, Neo Su Yin.

Sebagai permulaan, program SingPost@MyBlock itu dilancarkan di 27 blok HDB di Punggol Northshore pada Ahad (19 Okt).

Menjelang hujung bulan Oktober, ia akan dirintis di blok-blok HDB di Marine Parade, Upper Boon Keng, Bukit Panjang dan Bukit Batok.

SingPost berharap langkah itu akan dapat membantu menangani jumlah kiriman surat yang tinggi di 785 peti pos di seluruh negara.
Sumber : CNA/HA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita