Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SingPost keluarkan setem terpanjang dalam sejarah S'pura; papar pemandangan panoramik latar langit kawasan bandar

 Setem paling panjang dalam sejarah Singapura, berukuran 163.2 milimeter, akan dijual pada Khamis (15 Okt) sebagai sebahagian daripada set dua setem terbaru. SingPost  mengumumkan demikian pada Rabu. 

Anggaran Waktu Membaca:
SingPost keluarkan setem terpanjang dalam sejarah S'pura; papar pemandangan panoramik latar langit kawasan bandar

Setem terpanjang dalam sejarah Singapura. (Gambar: SingPost)

Diterbitkan : 14 Oct 2020 08:18PM Dikemas Kini : 14 Oct 2020 08:19PM

SINGAPURA: Setem paling panjang dalam sejarah Singapura, berukuran 163.2 milimeter, akan dijual pada Khamis (15 Okt) sebagai sebahagian daripada set dua setem terbaru. SingPost mengumumkan demikian pada Rabu.

Setem lebih panjang, dengan denominasi S$2, memaparkan panorama yang menunjukkan latar langit Daerah Pusat Perniagaan Marina Bay yang tidak asing di mata dunia.

Setem yang lebih kecil, berharga S$1.40, akan memaparkan salah satu flat terpanjang HDB di Singapura iaitu Blok 34 di Whampoa West.

Dibina pada 1971, bangunan perumahan itu terkenal dengan koridornya yang sepanjang 320 meter, dengan 46 apartmen di setiap tingkat.

Sampul hari pertama dengan setem akan dijual pada harga S$4.90 dan Pek Persembahan pula berharga S$5.95.

Ia akan dijual di semua pejabat pos, kedai-kedai Filateli dan secara online di shop.singpost, selagi stok masih ada, menurut SingPost. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan