SingPost keluarkan setem tampilkan pelbagai mercu tanda Koridor Kereta Api
Set setem yang menampilkan pelbagai mercu tanda Koridor Kereta Api dikeluarkan pada Jumaat (1 Jul) bersempena pelancaran Stesen Kereta Api Bukit Timah yang dibaik pulih.

Set setem ini menampilkan lima mercu tanda Koridor Kereta Api. (Gambar: SingPost)
"Pelancaran setem ini diadakan sempena pembukaan nadi masyarakat Stesen Kereta Api Bukit Timah oleh Pengausa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Lembaga Taman Negara (NParks), menyusuli tamatnya pembaikpulihan dan kerja-kerja peningkatan kepada kawasan itu," menurut SingPost dalam kenyataan media.
Siri lima setem itu menampilkan lakaran pemandangan yang cukup terkenal di Koridor Kereta Api sepanjang 24km itu, seperti Jambatan Truss Bukit Timah, Stesen Kereta Api Bukit Timah, Platform 9 Mile, Kuarters Kakitangan Kereta Api, Jambatan Kuari serta flora dan fauna.
Stesen Kereta Api Bukit Timah yang bersejarah itu dibuka semula pada Jumaat selepas dibaik pulih, dengan platform dan laluan kereta api asal, 11 tahun selepas tanah kereta api itu dipulangkan kepada Singapura.
Stesen Kereta Api itu sebahagian daripada ruang 4.3 hektar bagi masyarakat, yang terletak di pertengahan Koridor Kereta Api sepanjang 24km itu.
"Koridor Kereta Api adalah ruang ruang riadah dengan ciri-ciri suasana desa untuk para pengunjung menikmati alam semula jadi dan warisan," menurut SingPost.
"Koridor Kereta Api juga bertindak sebagai koridor ekologi bagi kepelbagaian bio antara habitat ekologi seperti Hutan Simpanan Bukit Timah dan Southern RIdges.
Landskap di Koridor Kereta Api dipilih dengan teliti bagi memperkenalkan semula spesies tumbuh-tumbuhan asli bagi memulihara warisan semula jadi dan menyediakan sumber makanan bagi hidupan liar di sana.
Setem-setem itu berharga antara S$0.30 dengan S$1.50 setiap satu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.