SingPost keluarkan setem baru Tahun Tikus
Satu siri setem baru menampilkan zodiak tikus, sempena Tahun Baru Cina, akan dijual mulai Rabu (8 Jan), menurut SingPost.
SINGAPURA: Satu siri setem baru menampilkan zodiak tikus, sempena Tahun Baru Cina, akan dijual mulai Rabu (8 Jan), menurut SingPost.
Siri setem zodiak tersebut menampilkan dua lukisan grafik tikus pada dua nilai berbeza: 1st local (S$0.30) dan S$1.40.
Koleksi tersebut menandakan keluaran baru siri setem Zodiak SingPost sepanjang 12 tahun akan datang, kesemuanya direka bentuk dalam gaya serupa.
Setem Zodiak Cina lain akan dikeluarkan pada tahun-tahun berikutnya sehingga 2031, menurut SingPost.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.