SingPost keluarkan set baru setem maskot S'pura
Anggaran Waktu Membaca:

Set kedua setem maskot SingPost. (Gambar: Singapore Post)
SINGAPURA: Singapore Post (SingPost) melancarkan set kedua setem pada Jumaat (17 Jun) yang memaparkan lima maskot popular yang "dikenali dan disayangi rakyat Singapura".
Set pertama dikeluarkan pada Ogos 2020 dan "menerima sambutan memberangsangkan daripada pengumpul setem dan anggota masyarakat Singapura, yang kebanyakannya membesar dengan maskot-maskot tersebut", menurut SingPost dalam kenyataan medianya.
Set baru itu memaparkan Merli dari Lembaga Pelancongan Singapura, Smiley si tupai POSB, Water Sally dari agensi air negara PUB, Blood Buddy dari Palang Merah Singapura dan Teamy the Bee, maskot bagi gerakan daya penghasilan di Singapura pada 1980-an dan 1990-an.
Setem-setem itu - yang dijual pada harga S$0.30 or S$0.80 setiap satu - akan dijual di semua pejabat pos, kedai filatelik dan online mulai hari ini.
Sampul Koleksi Khas Hari Pertama dijual pada harga S$3.95 manakala pek cenderahati dijual pada harga S$5.00.
Merli yang berdasarkan simbol ikonik merlion dihasilkan oleh Lembaga Pelancongan Singapura pada 2018.
Smiley si tupai POSB pula merupakan wajah Kempen Menabung Sekolah Nasional dan sudah mendidik kanak-kanak supaya menabung sejak 1983 lagi.
Water Sally merupakan adik perempuan maskot PUB, Water Wally, yang dipaparkan dalam siri pertama setem maskot.
Sebagai maskot kempen derma darah, Blood Buddy sering muncul di acara-acara derma darah dan aktiviti pendampingan sejak 2005.
Yang terakhir sekali ialah Teamy the Bee, iaitu ikon daya penghasilan yang sudah bersara pada 1999.
Set pertama maskot SingPost memaparkan Singa, maskot budi bahasa, Nila dari Sport Singapore, Sharity Elephant dari Dana Masyarakat dan Captain Green maskot mesej bersih dan menghijau Singapura.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.