SingPost jual setem papar bangunan warisan S'pura
Anggaran Waktu Membaca:

Set setem papar bangunan warisan Singapura. (Gambar: SingPost)
SINGAPURA: Para penggemar seni bina dan sejarah kini boleh mendapatkan setem-setem yang memaparkan bangunan-bangunan warisan yang dipulihara di Singapura.
Ini setelah Singapore Post hari ini (27 Mei) mengeluarkan set setem yang memaparkan enam bangunan sedemikian yang "dilakar dalam bentuk Art Deco klasik".
"Di Singapura, banyak bangunan dengan gaya Art Deco dibina antara tahun 1930an dengan 1950an, iaitu tempoh menarik di Singapura dan ia menjadi saksi kepada banyak kemajuan sosial, budaya dan teknologi," menurut SingPost.
"Kebanyakan bangunan seperti ini juga kemudian dipulihara, termasuk enam bangunan yang dipaparkan pada setem-setem tersebut."
Bangunan-bangunan tersebut adalah Waterboat House yang terletak di daerah Fullerton, Maxwell Chambers di Tanjong Pagar, 9 Norris Road di Little India, 36/38 Armenian Street berdekatan City Hall, 13 Pahang Street berdekatan Kampong Glam dan 79 Circular Road berdekatan Boat Quay.
SingPost menyatakan reka bentuk seni bina Art Deco berasal dari Paris sejak awal 1900an. Ciri-ciri itu menonjolkan garisan, bentuk segi empat panjang dan tiada hiasan pada permukaan bangunan, yang berbeza daripada ciri seni nouveau pada waktu itu.
Ciri tersebut kemudian mempengaruhi banyak bahagian di dunia antara 1930an dengan 1960an.
Ciri utama Art Deco boleh dikenal pasti menerusi rekaan geometrik ringkas pada permukaan dan penjajaran motif klasik seperti bahagian hiasan atas bumbung, gerbang dan batu-batu asas.
Selain itu, ia menonjolkan plak dengan tarikh bangunan itu dibina.
Setem-setem tersebut berharga antara S$0.30 dengan S$1.50 setiap satu.
Sampul Koleksi Khas dengan setem (S$6.75) dan pek cenderahati (S$7.85) dijual di semua pejabat pos, kedai-kedai filatelik dan secara online.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.