Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SingPost dedah prototaip peti surat dan setem bijak

Anda mungkin pernah mengalami masalah surat hilang atau salah alamat.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Anda mungkin pernah mengalami masalah surat hilang atau salah alamat.

Keadaan itu bakal dapat diatasi menerusi peti surat bijak dan setem bijak yang didedahkan oleh Singapore Post (SingPost) hari ini (24 Sep).

Menggunakan sistem layar sentuh, peti surat itu berupaya membahagi-bahagikan surat dan bungkusan kepada unit-unit rumah secara automatik.

Ini sekaligus mempercepatkan proses penghantaran surat dan mengurangkan berlakunya kesilapan.

 "Jika sebelum ini saya memerlukan sekurang-kurangnya 10-15 minit untuk meletakkan surat ke dalam peti surat. Dengan adanya peti surat bijak ini, saya hanya perlu meletakkan sejumlah surat di dalam peti surat dan terus bergerak ke blok lain," kata Encik Muhammad Aizuddin

Musa, yang telah berkhidmat sebagai posmen selama empat tahun.

SETEM-SETEM BIJAK BOLEHKAN SURAT DAN BUNGKUSAN DIJEJAK

Peti surat bijak itu juga digunakan bersama setem-setem bijak yang membolehkan surat atau bungkusan dijejak.

Proses mengambil surat daripada peti surat itu juga lebih mudah dan ringkas untuk para pengguna.

Jika lazimnya kunci diperlukan untuk membuka peti surat, peti surat bijak itu hanya memerlukan para pengguna untuk mengimbas kad atau kod untuk mendapatkan surat-surat atau bungkusan mereka.

Dengan peningkatan dalam khidmat penghantaran e-dagang, peti surat itu juga boleh dipadankan dengan peti-peti lain untuk menampung bungkusan lebih besar.

Menurut SingPost, pembangunan peti surat serta setem bijak ini kini dalam tahap prototaip dan khidmat penghantaran surat sudah bersedia mengambil langkah seterusnya.

Kedua-dua prototaip itu didedahkan di pameran dua hari 'Home Delivery Asia' yang menarik lebih 1,500 peserta dari seluruh dunia. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan