SingPost bakal berhentikan 45 kakitangan sebagai langkah susun semula struktur
Anggaran Waktu Membaca:
Pusat Logistik E-dagang Serantau SingPost di Singapura. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Singapore Post (SingPost) sedang menjalankan "penyusunan semula struktur" yang akan menjejas sekitar 45 jawatan, menurut syarikat itu dalam kenyataannya pada Rabu (19 Feb).
Kesemua jawatan tersebut sebahagian besarnya daripada unit sokongan korporat, dengan sebilangan kecil dari Unit Perniagaan Antarabangsa, dedah jurucakapnya sebagai memberi respons kepada pertanyaan Mediacorp.
"Keputusan ini tidak dipandang ringan. Bagi jawatan yang terjejas, syarikat ini telah cuba mencari segala pilihan lain untuk mencari jawatan alternatif dalam SingPost," tambah jurucakap itu.
Syarikat tersebut sedang melaksanakan penyusunan semula struktur untuk "menyelaraskan saiz dan memindahkan fungsi korporat kepada unit perniagaannya".
"Inisiatif ini bertujuan untuk mengukuhkan keupayaan operasi unit perniagaan dengan menghapuskan fungsi yang berulang, dan meningkatkan ketangkasan serta kecekapan perniagaan."
SingPost menyatakan penstrukturan semula ini adalah hasil dari "cabaran makroekonomi berpanjangan yang dihadapi oleh perniagaan termasuk persaingan yang sengit".
"Kami ingin menekankan bahawa inisiatif ini tidak ada kaitan dengan sebarang kejadian atau laporan pendedahan sebelum ini," kata jurucakap tersebut.
Jurucakap itu menambah bahawa semua pekerja yang terjejas mempunyai akses kepada khidmat penempatan semula dan kaunseling.
"Tumpuan kami adalah untuk terus mengekalkan kekuatan dan kemampanan operasi kami. Kami komited untuk menguruskan proses ini dengan penuh perhatian terhadap kakitangan yang terlibat."

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.