Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SingPost adakan lawatan berpandu sempena ulang tahun ke-165

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Jun 2023 08:48PM Dikemas Kini : 01 Jun 2023 09:29PM
SINGAPURA: Pernahkah anda terfikir bagaimana surat dihantar?

Anda kini boleh mendapatkan jawapannya dengan mengikuti satu lawatan berpandu di kemudahan memproses surat SingPost di Paya Lebar.

Ia adalah sebahagian daripada kegiatan SingPost tahun ini sempena ulang tahunnya yang ke-165.

Para pengunjung boleh melihat bagaimana surat dan bungkusan diasingkan mengikut saiz dan kawasan pengiriman.

Lawatan sepanjang setengah jam itu diadakan dari Jumaat (2 Jun) hingga Ahad ini.

Peserta juga boleh cuba menjadi posmen melalui permainan seperti membaca alamat yang ditulis dan meneka berat bungkusan yang ada.

Mereka yang berminat juga boleh membeli setem yang tidak lagi dihasilkan dan cenderamata lain.

Berucap di majlis pelancaran,Menteri Negara Kanan Perhubungan dan Penerangan Dr Janil Puthucheary menggesa SingPost terus berinovasi dan menyesuaikan diri di tangah-tengah gangguan perkhidmatan.

"Dengan telefon bijak, mereka yang menulis surat dan memerlukan khidmat pos seakin berkurangan. Namun, muncul juga peluang baru. Lebih ramai daripada kita kini mahu khidmat kiriman lebih mudah.

"Pada tahun kewangan yang lalu, pendapatan syarikat logistik e-dagang berkembang dan membentuk lebih 40 peratus daripada perniagaan dalam negeri.

"Ini juga bermakna cabaran dan peluang bagi SingPost untuk terus berinovasi dan berada di hadapan pesaing anda," ujar Dr Janil.
Sumber : CNA/RU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan