SingPass, CorpPass "tidak dapat diakses buat sementara waktu", menurut GovTech
Sistem-sistem pengesahan nasional SingPass dan CorpPass "tidak dapat diakses buat sementara waktu" pada Khamis malam (29 Nov), menurut Agensi Teknologi Pemerintah Singapura (GovTech).
Laman dan aplikasi Mudah Alih SingPass terjejas akibat gangguan pada Khamis malam (29 Nov).
SINGAPURA: Sistem-sistem pengesahan nasional SingPass dan CorpPass "tidak dapat diakses buat sementara waktu" pada Khamis malam (29 Nov), menurut Agensi Teknologi Pemerintah Singapura (GovTech).
"Sebuah pasukan sedang berusaha untuk memulihkan khidmat itu... Terima kasih atas kesabaran anda," menurut agensi tersebut dalam satu catatan di laman Facebooknya pada pukul 7.50 malam.
Gangguan itu dipercayai hanya menjejas aplikasi Mudah Alih SingPass dengan para pengguna yang cuba untuk mengaksesnya mendapat mesej ralat: "Maaf, ada suatu kesilapan. Sila log masuk sekali lagi untuk menyelesaikan pendaftaran anda."
Setakat pukul 8.30 malam, kedua-dua laman dan aplikasi itu memaparkan mesej yang membaca: "Notis penyenggaraan. Sesetengah pengguna sedang mengalami kesukaran untuk log masuk menerusi aplikasi Mudah Alih SingPass. Sebuah pasukan sedang berusaha untuk menghuraikan isu tersebut. Sementara itu, anda boleh terus log masuk menggunakan 2FA SMS dan token OneKey. Terima kasih kerana memahami keadaan."
Ini bukanlah pertama para pengguna mengalami kesulitan menggunakan aplikasi tersebut.
Malah beberapa jam selepas ia dilancarkan pada 22 Oktober, para pengguna melaporkan menerima kod ralat "121" apabila mereka cuba mengakses aplikasi tersbeut.
Sehari kemudian, GovTech menyatakan bahawa isu-isu dengan aplikasi yang baru dilancarkan itu disebabkan oleh gangguan sofwe yang tidak dikesan semasa ia diuji.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.