Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singpass alami gangguan sementara susuli agihan baucar CDC

Anggaran Waktu Membaca:
Singpass alami gangguan sementara susuli agihan baucar CDC

Maklumat ralat di laman baucar CDC pada sekitar 3.00 petang, 3 Jan 2023. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 03 Jan 2023 04:44PM Dikemas Kini : 03 Jan 2023 06:11PM

SINGAPURA: Ramai pengguna mengalami gangguan pada laman Singpass menyusuli pengagihan terbaru baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) pada Selasa (3 Jan).

Ramai pengguna berkata pada tengah hari Selasa bahawa mereka tidak dapat log masuk ke laman Singpass untuk mendapatkan baucar CDC masing-masing.

Dalam catatan di Twitter pada sekitar 2.50 petang, GovTech menyatakan sesetengah pengguna ditunjukkan maklumat ralat ketika mengakses khidmat digital menggunakan Singpass.

"Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah itu. Sila cuba lagi kemudian. Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan kami akan menyediakan kemas kini sebaik saja khidmatnya disambung semula. Terima kasih," menurut GovTech.

Ralat di laman baucar CDC menyatakan: "Singpass tidak dapat diakses buat sementara waktu. Jika anda tidak dapat menebus baucar, sila cuba lagi kemudian."

Pesanan oleh GovTech yang dimuat naik ke laman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) menyatakan, sesetengah pengguna mengalami kesulitan untuk mengakses khidmat digital menggunakan Singpass.

Makluman itu diturunkan pada sekitar 3.40 petang.

Tangkap layar maklumat ralat dalam aplikasi Singpass pada sekitar 3.00 petang, 3 Jan 2023. (Gambar: CNA)

Laman Facebook Singapore Atrium Sale menyatakan Singpass mengalami gangguan akibat terlalu ramai pengguna yang ingin menebus baucar CDC. Ramai pengguna turut memberi komen serupa dan mengatakan mereka juga tidak dapat mendaftar masuk.

Laman Facebook My Food Society Club memuat naik kemas kini yang menyatakan: "Singpass nampaknya mengalami masalah ... anda mungkin tidak dapat log masuk buat masa ini."

Pengguna Twitter @douglasmun memuat naik catatan Twitter yang menunjukkan dua pesanan ralat. Beliau berkata "ramai (pengguna) sedang mengadu bahawa mereka tidak dapat mengakses Singpass bagi (baucar) CDC dan khidmat-khidmat lain."

Sumber : CNA/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan