Singlife with Aviva lancar program kemampanan sokong visi sifar karbon 2050
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat khidmat kewangan "Singlife with Aviva" melancarkan satu program kemampanan yang pertama.
Syarikat itu terbentuk hasil gabungan Singapore Life dengan Aviva Singapore.
Program kemampanan tersebut menggariskan langkah-langkah untuk mengembangkan agenda kemampanan bagi sektor khidmat kewangan dan menyokong matlamat sifar karbon Singapura.
Antara sasarannya untuk lima tahun akan datang adalah tumpuan kepada pelaburan lebih bertanggungjawab seperti prasarana hijau dan daya tenaga yang boleh diperbaharui.
Turut disasarkan, produk-produk inovatif yang mampan dan operasi neutral karbon.
"Singlife with Aviva" melancarkan program kemampanan pada Hari Hutan Hujan Sedunia, dengan menanam 50 batang pokok di Taman Bishan-Ang Mo Kio pada Rabu (22 Jun).
Ia berikrar untuk menanam lagi 300 pokok setiap tahun, bagi lima tahun akan datang.

Sumber : CNA/IA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.