Singkap keperibadian luar biasa Lee Kuan Yew dalam 2 dokumentari baharu CNA
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pegawai polis sudah bersara Noordin Abdul Rahman, 81 tahun, adalah pengawal peribadi Perdana Menteri pengasas Singapura Lee Kuan Yew dan sering menemani beliau semasa perjalanan dalam kereta. Beliau sering mengingati mendiang Encik Lee sebagai seseorang yang "menggerunkan", dengan "pandangan mata tajam" serta soalan-soalan yang tegas.
Encik Noordin, yang berkhidmat kepada Encik Lee antara 1967 dengan 1975, menyaksikan sendiri secara dekat bagaimana bersemangatnya Encik Lee sebagai Perdana Menteri muda yang membentuk Singapura menjadi negara berkembang maju dan melakar hala tuju baharu selepas ia merdeka dari Malaysia pada 1965.
"Beliau sangat kecewa terpaksa berpisah dengan Malaysia, dan selepas itu beliau kelihatan lebih berazam dan tidak sabar berusaha untuk memastikan Singapura menjadi suatu kisah yang berjaya," kata beliau. "Semua pegawai, semua pegawai perkhidmatan awam sangat berhati-hati dalam melaksanakan tugas mereka kerana mereka tidak mahu melakukan kesilapan."
Beliau juga mendedahkan bahawa Encik Lee jarang "berehat dari kerja" dan sering meluangkan masa peribadinya untuk melawat projek-projek prasarana penting seperti estet perumahan baharu.
Karuppiah Kandasamy, 83 tahun, yang juga bertindak sebagai pengawal peribadi kepada Encik Lee juga mengimbau semula bagaimana beliau kagum dengan disiplin Encik Lee.
"Selepas tugasnya setiap hari, secara tetap, sama ada hujan, panas atau ribut, beliau masih (mahu) lakukan senaman biasanya. Beliau sangat berdisiplin. Saya tabik beliau!" kata Encik Kandasamy, yang menjadi pengawal peribadi mendiang Lee selama 20 tahun.
Perkongsian Encik Noordin dan Encik Kandasamy adalah sebahagian daripada dokumentari khas baharu CNA I Remember Lee Kuan Yew.
Mereka juga mendedahkan hidangan kegemaran Encik Lee - murtabak - meskipun beliau sering menikmati hidangan ringkas, dengan tidak kurang empat jenis buah-buahan.
Dokumentari tersebut bakal disiarkan buat kali pertama di saluran CNA dan saluran YouTube CNA pada 16 September, pada ulang tahun kelahiran ke-100 Encik Lee.
Antara individu lain yang diwawancara tentang sisi peribadi Encik Lee termasuk wartawan veteran Cheong Yip Seng dan mantan Ketua Pegawai Pelaburan GIC Ng Kok Song.
Encik Ng, yang bertanding dalam Pilihan Raya Presiden baru-baru ini, berkata meskipun Encik Lee "akan bekerja sepanjang masa", beliau mempunyai sifat belas ihsan yang tinggi. Misalnya, beliau mengirimkan mesej sokongan kepada mendiang isteri Encik Ng apabila mendapat tahu mendiang menghidap barah.
Bagi individu-individu lain seperti pemimpin akar umbi Tanjong Pagar Jagjeet Singh, keprihatinan Encik Lee terhadap orang-orang di jalanan meninggalkan kesan kepada dirinya.
"Perkara yang paling menakjubkan tentang Encik Lee adalah meskipun dalam kedudukan Perdana Menteri yang menjaga kemaslahatan negaranya, beliau dapat memberi tumpuan kepada rakyat biasa," kata Encik Singh, yang diwawancara bagi I Remember Lee Kuan Yew.
"Beliau berminat mengambil tahu tentang apa yang berlaku di lapangan, memberikan rakyat biasa kehidupan lebih baik, peluang lebih baik di negara ini."
CNA juga akan menyiarkan filem dokumentari Lee Kuan Yew: In His Own Words pada 15 September.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.