Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SingHealth tubuh cabang latihan, sasar 600 pekerja setahun

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Nov 2022 08:22PM Dikemas Kini : 30 Nov 2022 07:35AM
SINGAPURA: Pelan jagaan yang melibatkan preskripsi sosial bakal memainkan peranan lebih besar sedang Singapura bergerak ke arah jagaan pencegahan.

Namun, para pekerja kesihatan dan jagaan sosial perlu meraih kemahiran tertentu terlebih dahulu agar mereka dapat menyarankan aktiviti kemasyarakatan yang sesuai untuk pesakit hidup dan menua dengan baik.

Oleh itu, SingHealth menubuhkan sebuah cabang baru untuk melatih 600 pekerja setiap tahun.

Ia dilaksanakan demi membantu para pesakit meraih manfaat daripada sokongan masyarakat yang kukuh, selain menangani isu-isu sosial lebih awal sebelum kesihatan mereka semakin memburuk.

Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee menekankan peri pentingnya kesihatan pencegahan sedang Singapura semakin menua.

"Rakan kongsi masyarakat memainkan peranan penting dalam hal tersebut. Kami perlu memanfaatkan rangkaian tempatan yang meluas dan bidang-bidang kepakaran mereka. Mereka boleh membantu mengenal pasti serta mengisi jurang serta keperluan di lapangan," katanya.

Di Singhealth, para penyelaras kesejahteraan mengenal pasti para pesakit yang menghadapi faktor berisiko sosial dan menghubungkan mereka dengan preskripsi sosial yang sesuai.

Hampir 1000 pesakit meraih manfaat daripadanya setakat itu.

Terdapat juga usaha untuk menyebarkan konsep preskripsi sosial.

SingHealth juga akan melibatkan lebih ramai pakar perubatan keluarga dalam bengkel mengenai topik itu.
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan